Mungkin ramai yang tidak perasan kewujudan pelakon remaja, Alya Iman dalam industri hiburan tanah air. Bagi yang tidak mengetahui, Alya merupakan anak kepada pelakon terkenal era 80an iaitu Azmil Mustapha atau Ali Setan.

Alya memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Lelaki Kelas Sebelah dan terbaru drama Bukan Kahwin Paksa yang disiarkan menerusi TV3 baru-baru ini.

Biar pun masih mentah dalam industri hiburan, nama pelakon remaja ini mula dikaitakan dengan kisah kurang enak. Desas-desus bertebaran di media sosial yang mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan.

BELUM APA-APA DAH MUNCUL KISAH KONTRVERSI

Apa yang menjadi buah mulut peminat adalah lelaki berkenaan merupakan suami orang dan sudah pun mempunyai dua orang anak. Sekali gus ramai menyifatkan Alya sebagai perosak rumah tangga orang dan juga memandang pada wang ringgit.

Enggan berdiam diri akhirnya Alya tampil bersuara. Menurut Alya dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang dimaksudkan pada 27 Februari yang lalu. Pada ketika itu Alya diberitahu bahawa isteri pertama bersetuju menerimanya dan hidup bermaduu.

Walau bagaimanapun lain pula selepas majlis pertunangan di mana isteri pertama lelaki berkenaan tidak tahu menahu soal hubungan mereka dan tidak persetujui dengan hal tersebut.

PUTUSKAN PERTUNANGAN DEMI MENGHORMATI ISTERI PERTAMA

Sejurus mengetahui hal berkenaan, pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada Mac 2020 bagi menghormati hati dan perasaan isteri pertama lelaki tersebut.

Bahkan segala hadiah yang pernah diterimanya sudah pun dipulangkan kembali atas rasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Berdepan dalam situasi yang rumit sebegini, Alya memohon sokongan daripada peminat agar jangan terlalu cepat menghukum atau menyalahkan dirinya semata-mata. Dia percaya apa yang berlaku dalam kehidupan ini adalah suatu pengalaman untuk mematangkan kehidupan.

MOHON MAAF ATAS APA YANG BERLAKU

Dalam pada masa yang sama, Alya sempat memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan kejadian sebelum ini.

Semoga kisah Alya ini menjadi pedoman buat pembaca agar lebih berhati-hati dalam mempercayai kata manis seorang jejaka terutama yang berharta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here