Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Muncul Dlm Dokumentasi Al-Jazeera, Mat Bangla Berjaya Ditahan! Hukuman Diterima Buat Ramai Puas Hati

Pada awal bulan lalu, negara Malaysia menjadi tumpuan dunia seketika gara-gara dokumentasi yang dipentaskan oleh stesen televisyen terkenal dunia, iaitu Al-Jazeera berhubung keadaan warga asing sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.

LELAKI WARGA BANGLADESH DIBURU PIHAK BERKUASA

Dokumentasi selama 25 minit tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin dan juga rakyat Malaysia terutamanya kerana segala maklumat yang disampaikan adalah bercanggah dan tidak tepat dengan fakta sebenar.

Dalam pada masa yang sama, perintah penangkapan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap seorang warganegara Bangladesh yang dikenali sebagai Rayhan Kabir berhubung dakwaannya yang sengaja memburukkan nama Malaysia ketika muncul dalam dokumentasi tersebut.

Muncul Dlm Dokumentasi Al-Jazeera Burukkan Malaysia, Lelaki Warga Bangladesh Kini Diburu Imigresen
SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA

Dalam perkembangan semasa, difahamkan individu berkenaan telah pun berjaya ditangkap oleh Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya semalam. Lelaki Bangladesh tersebut dikesan cuba bersembunyi di Setapak.

Kejayaan tersebut merupakan hasil risikan dan juga buruan berterusan selama dua minggu selepas waran dikeluarkan. Selepas berita penangkapan Rayhan Kabir ini, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud mengeluarkan kenyataan media bahawa warga asing tersebut akan diusir keluar dari Negara ini.

Sumber: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia
“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan warganegara Bangladesh yang dikehendaki, Md Rayhan Kabir telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya pada hari Jumaat, 24 Julai 2020 jam 5.45 petang, di Setapak Kuala Lumpur.”
“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama 2 minggu.”
“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat di atas usaha dan komitmen mereka.”
“Warganegara Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.”
DISENARAI HITAM DARI MEMASUKI MALAYSIA BUAT SELAMA-LAMANYA

Tambahnya lagi, Rayhan Kabir juga berdepan dengan hukuman disenarai hitam daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya.

Dalam pada masa yang sama, Dato’ Indera sempat menitipkan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang terlibat dalam menjalankan tugas serta menangani kes warga asing berkenaan.

Gara-Gara “Satu Gelaran” Dilemparkan Kpd Al-Jazeera, Hos TV Bernama Berdepan Dgn Tindakan

Terlajuk perahu boleh diundur, terlajak kata badan yang binasa. Itu lah ungkapan yang sesuai untuk digambarkan kepada Rayhan Kabir yang seolah-olah tidak bersyukur selama berada di Negara Malaysia.

Sudah pasti setiap individu perlu menghormati dan tunduk kepada undang-undang sesebuah Negara. Jangan disebabkan rasa tidak puas hati lantas memburukkan nama Malaysia berpandukan fakta yang ditokok tambah.

Kongsi artikel ini: