Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Sesuai Digelar “Artis Sendu”, Haneesya Hanee Mula Bersuara Punca Dipinggirkan

Dah lama rasanya tak dengar kisah model dan juga pelakon hitam manis, Haneesya Hanee. Wajahnya seakan-akan jarang muncul di kaca televisyen sejak akhir-akhir ini sehingga ada pihak menyifatkan bahawa Hanee sebagai artis sendu.

Biar pun ada segelintir yang memperlekehkan namanya, bagaimanapun Hanee tidak cepat melatah atau terkesan dengan kenyataan sedemikian. Malah menurut Hanee dia merupakan masih baru dalam dunia hiburan terutama dalam lakonan.

GELARAN SENDU TIDAK SESUAI UNTUK HANEE

Menurut Hanee, sejak diangkat sebagai juara sebagai Dewi Remaja 2018/2019, dia hanya baru beberapa kali membintangi drama sekali gus gelaran artis sendu tidak sesuai diberikan kepadanya.

“Bagi saya panggilan artis sendu tidak sesuai untuk saya, malah sedikit pun tidak terasa dengan panggilan yang diberi.”
“Saya baru sahaja bertapak dalam industri seni, berapa kerat sangat drama yang dibintangi, jadi ia bukan lah gelaran yang sesuai ditujukan kepada saya. Lain lah jika sudah lama saya berlakon.” Memetik kenyataan Hanee kepada Berita Harian Online.

PRODUKSI ANGGAP HANEE MULA DEMAND

Dalam pada masa yang sama, pelakon berkenaan seakan keliru dengan syarikat produksi yang langsung tidak menawarkan job sejak akhir-akhir ini. Justeru dia berpendapat bahawa kontrovrsi yang pernah dilaluinya dan juga kemenangan Artis Baharu Wanita Popular ABPBH tahun lepas menyebabkan ramai beranggapan dia mula “demand”.

Tak jaga sensitiviti,bukan salah saya! Haneesya Hanee enggan padam foto bertudung nampak peha

Tambah Hanee, dia bukan lah bersifat sedemikian malah bukan individu yang suka meletakkan harga memandangkan masih baru dalam dunia seni. Bahkan minatnya terhadap lakonan sehingga sanggup mengikuti kelas seni demi menambah baik pelbagai aspek.

REZEKI TAK PUTUS DALAM PERAGAAN

Biar pun rezekinya masih belum terdedah ke arah lakonan namun Hanee tetap bersyukur kerana dunia peragaan tidak henti-henti memerlukan khidmatnya. Tambahan pula kini dia turut menerima tawaran sebagai mengulas produk sekali gus menambah pendapatannya terhadap keluarga.

Apa pun, Hanee berazam untuk bangkit pada tahun 2020 ini dengan mengurangkan segala kisah kontrversi dan fokus pada kerjaya.

Kongsi artikel ini: