Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Membina mahligai rumah tangga adalah suatu impian setiap insan. Sebagai manusia, kita dituntut untuk berusaha mencari pasangan, bukan sekadar menjadi seperti pungguk rindukan bulan.
Umum sedia maklum bahawa Kilafairy telah pun mengambil keputusan untuk berhijrah dengan mengenakan hijab. Sudah pasti penampilan baru pelakon cantik molek ini disambut baik oleh ramai pihak yang sentiasa mendoakannya kekal istiqomah.
Mengulas imej terbaru tersebut, ibunya iaitu Rohana Jalil mengakui sangat bersyukur melihat perubahan yang dilakukan oleh anak bongsunya itu. Tambahan pula keputusan yang dibuat tanpa paksaan dari orang lain.
Menurut Rohana lagi, Kila sudah pun menjual hampir semua koleksi baju sksinya dahulu, menunjukkan yang dia benar-benar fokus untuk berhijrah.
Dalam perkembangan terbaru, naluri seorang ibu tidak dapat lari daripada melihat anaknya hidup bahagia. Itu lah yang dirasakan oleh Rohana Jalil yang mengaku berasa gembira jika anaknya cepat menamatkan zaman bujang dan menemui pasangan hidup.
Jelas Rohana lagi, dia sangat teruja untuk melihat kehidupan Kila selepas berkahwin. Hampir setiap hari dia persoalkan mengenai perkara tersebut namun jawapan yang diberikan Kila tetap sama iaitu lambat lagi.
Ditanya soal kerjaya, biarpun berwajah baru, rezeki Kila tetap ada dan tawaran masih diterimanya. Malah, dia dilihat lebih gembira dengan kehidupan barunya itu.
Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata meluahkan rasa gembira dan memberi sokongan positif dengan keputusan Kila untuk berhijab. Mereka turut mendoakan agar pelakon berkenaan dapat mengharungi setiap ujian sepanjang berhijab dan mengambil pengajaran terhadap artis-artis terdahulu.
Kesimpulannya, untuk seseorang wanita berhijrah bukan lah suatu perkara yang mudah tambahan pula bergelar artis. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi terutama batas pergaulan dan cara mereka bekerja.