Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Tak Dapat Tawaran Berlakon, Iqram Dinzly Harapkan Gaji Bigo Live Untuk Tampung Kehidupan

Tak semua golongan selebriti atau artis akan berjaya dalam kerjaya mereka. Peminat sering berpendapat bahawa mereka hidup bergelumang dengan kemewahan namun hakikatnya hanya tuan badan sahaja yang tahu.

Perlu kita sedar bahawa dalam segenap kerjaya memerlukan usaha gigih yang berterusan dan juga pandai mengambil peluang untuk terus kekal relevan. Siapa sangka, Iqram Dinzly yang dahulunya boleh dikategorikan sebagai pelakon popular akhirnya merundum.

Sebut sahaja nama pelakon kacak kelahiran Ipoh ini sudah pasti ramai yang dapat membayangkan watak agresif dan antagonis yang berjaya dilakonkannya. Namun sejak beberapa tahun ini, Iqram dilihat terpalit dengan pelbagai kisah kurang baik sehingga menjejaskan namanya.

DAH TAK TERIMA TAWARAN BERLAKON, JADIKAN BIGO LIVE PUNCA PENDAPATAN

Ianya bermula selepas pemergian arwh ayah tercinta sekali gus dia dilihat kemurungan, seolah-olah tidak dapat menerima perkhabaran tersebut. Iqram juga pernah muncul aksi pelik di platform media sosial.

Secara tidak langsung karier lakonan terjejas akibat tidak dapat menerima apa-apa tawaran berlakon daripada pihak produksi televisyen. Mengatasi masalah tersebut, akhirnya Iqram terpaksa mengambil inisiatif lain dengan menjadikan media sosial sebagai tempat meraih pendapatan.

Menurut Iqram, dia terpaksa menggunakan aplikasi Bigo Live sejak kebelakangan ini untuk menampung hidup dan daripada platform tersebut dia berjaya meraih hampir ribuan ringgit setiap bulan.

PERNAH AKAUN DISEKAT SELAMA SETAHUN

Selain itu, difahamkan Iqram turut mengusahakan perusahaan secara kecil-kecilan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Selama 4 tahun setengah saya menetap di Ipoh, Perak dan buat perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan. Tapi ramai juga tak tahu saya jana pendapatan menerusi aplikasi Bigo. Bulan pertama guna aplikasi itu saya dapat Rm5,000 dan sekarang ini purata dalam RM2,000 sebulan. Akaun saya juga pernah disekat selama setahun kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan Bigo.” Kata Iqram.

Ditanya mengenai masa depan sebagai anak seni, Iqram menjelaskan yang dia masih berminat untuk berlakon tetapi lebih cenderung untuk berada di YouTube sahaja dan bukan lagi kaca televisyen.

TERPALIT ISU HIDUP “DITAJA” PENYANYI KEMBAR

Dalam pada masa yang sama, nama pelakon berkenaan turut terpalit dengan kisah kononnya ditaja oleh penyanyi kembar, Syazara Aishah dan Hanim Fariza. Namun dia menafikan perkara tersebut.

Tambah Iqram lanjut, dia hanya menganaggap kembar berkenaan sekadar rakan karib sahaja memandangkan mereka sering memberi semangat untuk dia untuk terus bangkit.

Sebagai peminat, kita doakan sahaja perkara baik buat rezeki dan juga kehidupan mendatang Iqram Dinzly.

Kongsi artikel ini: