Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berdepan 10 Tahun Pnjara & Sbatan, Suami Pavithra Mengaku Tak Bersalah Atas Pertuduhan Yg Dibacakan

Siapa duga kebahagiaan yang dikecapi sebelum ini boleh hilang sekelip mata gara-gara tindakan suami di luar kawalan. Itu lah yang dihadapi oleh Pavithra sekeluarga apabila suaminya dihadapkan ke mahkamah kerana mendatangkan kecderaan kepada pasangan.

PAVITHRA MENGALAMI KESAN LUKA DAN LEBAM

Kejadian yang berlaku pada beberapa hari lalu di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh telah mengakibatkan Pavithra mengalami kesan lukaa dan juga lbam di bahagian muka serta bibir.

Difahamkan M. Sugu, 29 tahun bertindak sedemikian ketika di bawah pengaruh mbuk dan tidak berpuas hati namanya tidak disebut ketika Pavithra menerima anugerah pengiktirafan dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada hari sebelum kejadian.

Rancangan Digemari Pelbagai Kaum, Terbaru Pavithra Bakal Diiktiraf Ikon Anak Bandar Raya Ipoh
MBI Tampil Jelaskan Kenapa Suami Pavithra, M. Sugu Tidak Layak Terima Anugerah Ikon
BERDEPAN HUKUMAN PNJARA 10 TAHUN DAN SBATAN

Dalam perkembangan semasa, Sugu hari ini telah didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh atas dakwaan memilik snjata berbhaya.

Dia yang didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Snjata Berbhaya 1959 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman pnjara 10 tahun dan juga sbatan.

MENGAKU TIDAK BERSALAH, PERLU LAPOR DIRI BALAI POLIS BERDEKATAN

Selepas pihak hakim membacakan pertuduhan, Sugu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir. Kemudiannya, Mohd Fauzi membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM10,000 dan perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat sebulan sekali sehingga lah perbicaraan kes ke atasnya selesai.

Manakala, sebutan semula kes diadakan pada 17 Ogos hadapan. Ketika perbicaraan berlangsung, kelibat Pavithra turut kelihatan di perkarangan mahkamah sambil ditemani peguamnya.

Kisah Sugu dan Pavithra ini ternyata menjadi perhatian ramai pengikutnya di YouTube. Sebelum ini mereka dilihat sangat bahagia dan saling mendukung antara satu sama lain.

Namun siapa sangka, ketika berada di puncak kedua mereka diuji dengan salah faham sebegini. Apa pun jadikan kisah YouTuber sensasi ini sebagai satu tauladan buat kita semua agar kekal rasional dalam apa jua keadaan.

Kongsi artikel ini: