Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam kehidupan manusia akan ada pasang surutnya. Berharta atau tidak, jika kita tidak tahu menghargainya tetap akan rasa tidak bahagia. Sebab itu lah kita ditekankan agar hidup dalam keadaan bersederhana dan mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan.
Sebagai contoh kisah kehidupan YouTuber masakan terkenal iaitu Sugu Pavithra. Siapa sangka dengan berkongsi masakan akhirnya mampu mengubah nasib mereka sekeluarga sehingga menjadi terkenal dalam masa yang singkat.
Mereka dilihat sangat bahagia apabila masing-masing saling menghormati dan mendukung antara satu sama lain. Namun siapa tahu akhirnya mereka tidak dapat lari daripada dugaan.
Sejak semalam nama Pavithra menjadi bualan hangat berikutan si suami bertindak mencderakannya. Pada masa kejadian, M. Sugu berada dalam keadaan mbuk dan didakwa tidak berpuas hati namanya tidak disebut sebagai penerima anugerah Ikon Anak Bandaraya Ipoh.
Menjawab kepada persoalan ramai mengenai pengiktirafan tersebut, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu Mohd Syahrizal Azmin tampil memberitahu bahawa pengiktirafan tersebut berdasarkan kapasiti S. Pavithra sebagai anak kelahiran Ipoh.
Tambah Syahrizal lagi, anugerah sedemikian tidak boleh diberikan kepada suaminya M. Sugu kerana dia merupakan anak jati kelahiran Sungai Siput.
Dalam pada masa yang sama, pengiktirafan status ikon itu juga diberikan kepada mereka secara individu bukan di atas nama “Sugu Pavithra” yang umum sedia maklum merupakan nama saluran YouTube kendalian pasangan tersebut.
Terdahulu, M. Sugu telah diremn pihak polis selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut perihal mencderakan isteri ketika berada di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada Selasa.
Semoga kisah pasangan ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar saling menghormati antara suami isteri dalam pelbagai keadaan.