Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

10 Tahun Kerah Keringat & Gadai Motor Utk Cukupkan Duit! Achey Akhirnya Berjaya Beli Rumah Impian

Memiliki rumah sendiri merupakan impian semua orang. Walau bagaimanapun ianya bukan lah satu hal mudah untuk dicapai memandangkan harga rumah dewasa kini yang semakin melambung tinggi.

Melihat kepada harga, kita hanya mampu pandang sahaja. Tetapi jika dibekalkan dengan matlamat yang tinggi dan pandai disiplinkan diri menyimpan sudah pasti ianya bukan perkara yang mustahil untuk dicapai.

ACHEY BERJAYA BELI RUMAH TIGA TINGKAT SETELAH 10 TAHUN MENUNGGU

Turut berkongsi kejayaan dengan peminat, pelawak terkenal iaitu Achey memaklumkan yang dia kini sudah berjaya memiliki sebuah rumah sendiri. Apa yang lebih membanggakan adalah rumah yang dibelinya adalah sebuah rumah tiga tingkat hasil titik peluh dia menyimpan.

Mengakui bahawa untuk mendapatkan sebuah rumah tersebut bukan lah satu jalan yang mudah. Pelawak tersebut mengambil masa hampir 10 tahun untuk menyimpan wang hasil kerjayanya sebagai artis.

Tambahnya lagi, untuk membeli rumah tiga tingkat tersebut masih tidak cukup menggunakan wang simpanan lalu dia terpaksa menjual empat buah motosikal kesayangan bagi mencukupkan baki.

BAKAL BERPINDAH SELEPAS RAYA

Difahamkan Achey dan isteri bakal berpindah ke rumah baru selepas menyambut Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan Instagram pelawak berkenaan, dia ada berkongsikan beberapa keping gambar yang mana memperlihatkan hiasan dalaman rumah barunya itu selepas melalui proses pengubahsuaian.

“Jumaat yang indah. Tibalah masa saya bagi teaser gambar-gambar yang korang nak tau sangat rumah baru saya. 10 tahun dik bukan tahun yang sikit untuk fokus kumpul duit. Jual benda yang bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian.”
“Yang pastinya korang mesti nak tau siapa yang buat rumah saya ni kan?” Kongsi Achey.

PEMINAT TURUT TERUJA, TAHNIAH PADA ACHEY DAN ISTERI

Melihat kepada reaksi peminat, mereka meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Achey ini. Biar pun memerlukan masa yang lama untuk mencapai rumah impian, dia tetap konsisten berusaha mendapatkannya.

Dalam pada masa yang sama, peminat tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat Achey dan isteri di atas kejayaan barunya itu.

Semoga kisah Achey ini memberikan kita semangat untuk terus berjuang mencapai impian yang diingini biarpun perit untuk dilalui.

Kongsi artikel ini: