Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Timbul Isu Rumah Tangga Dilanda Badai Kerana Muncul Di Mahkamah Syariah, Izreen Azminda Buka Mulut

Meskipun pencraian adalah perkara halal dan dibenarkan dalam agama Islam, namun harus kita ketahui bahawa ianya antara perkara yang paling dimurkai di sisi Allah SWT. Oleh yang demikian setiap pasangan yang berkahwin perlu mengambil masa untuk bertenang tatkala bermasam muka.

Bertelagah atau salah faham adalah perkara biasa dalam rumah tangga, namun ia bukan bermakna setiap pasangan perlu memilih pencraian sebagai jalan terakhir.

KELIBAT IZREEN AZMINDA DAN SUAMI DI MAHKAMAH CETUS TANDA TANYA

Bercerita soal rumah tangga, difahamkan kelibat pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid muncul di Mahkamah Syariah Gombak semalam sekali gus menimbulkan pelbagai andaian berkaitan situasi semasa rumah tangga mereka.

Izreen Azminda yang tampil berjubah dan bertudung hitam mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat. Justeru dia tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan rumah tangga dilanda badai.

URUS BAYARAN DENDA

Pelakon cantik berkenaan menafikan perkahwinan bersama Ude goyah. Menurut Izreen, tujuan dia dan suami ke mahkamah adalah berhubung urusan denda yang terpaksa mereka selesaikan atas faktor berpligami tanpa kebenaran ketika Ude masih lagi menjadi suami Intan Saleh.

Dengan penjelasan ini maka terjawab lah segala persoalan orang ramai. Jadi, Izreen memohon agar peminat tidak lagi salah anggap kerana rumah tangga mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

BLOGGER DAH KERING IDEA
“Tajuk kau ni rotikaya dari dlu sampai skarang mcm APO???! BUKAN BLOG KAU JE. MCM2 BLOG LAGI. ASAL BOLEH JER KORANG ERK. Landa badai apo kau. Aku g settel denda yg dah bertahun baru mahkamah panggil utk settel semlm.”
“Helok sister kat umah dgn suami ni hah. Tgh buat apam lagi utk cust. Kering idea dah ke nk buat story. Gitew lah blogger skarang. interview nyer tidak. Sedeyyyy!!! UNTUK BLOGGER2 MAI LA BELI APAM KAMI. MUR MUR JA. KOT LEPAIH MKN APAM KAMI IDEA MENCANAK2 MASOK.” Tulis Izreen lanjut di ruangan Instagram.

Kesimpulannya, tak semua yang hadir ke mahkamah ada bertujuan untuk berpisah. Selain dari membayar denda, ada juga yang hadir bagi mendapatkan khidmat kaunseling. Sama-sama kita doakan Izreen dan Ude kekal bahagia sampai ke anak cucu.

Kongsi artikel ini: