Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sudah menjadi lumrah, kehidupan manusia dijadikan untuk berpasangan. Untuk meniti bahagia, kita dituntut dalam beberapa hal agar hubungan yang dibina kekal bahagia mengikut syariat Islam.
Rasulullah saw pernah berpesan kepada kaum lelaki terutamanya agar menitik beratkan 4 ciri sebelum berkahwin dengan seseorang wanita. Berikut adalah hadis baginda yang berbunyi:
Bercerita soal jodoh, jejaka bernama Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin bin Mohd Adanan seakan lenyap di mata netizen selepas hubungan cinta bersama Nur Sajat bin Kamaruzzaman terlerai di tengah jalan.
Sajat dilihat lebih bahagia apabila terlebih awal move on dan bercinta dengan jejaka kacak dari Lebanon. Enggan terus dilema dengan kisah lalu, akhirnya Coach Yin sudah pun menemui pengganti hati.
Menarik perhatian ramai adalah pada kali ini Coach Yin membuat pilihan bijak dan sangat tepat dengan memilih wanita berhijab. Menerusi laman Instagram, dapat dilihat dia memuat naik video menghadiahkan seutas jam buat kekasih diselangi dengan ucapan romantis.
Difahamkan wanita yang berjaya memikat hati jejaka kacak dari Kelantan tersebut dikenali sebagai Yeen Azmin. Dek kerana seorang yang bersopan santun, sering menjaga solat dan pandai memasak membuatkan Coach Yin cepat tertarik dengannya.
Terbaru, Coach Yin memberitahu yang dia telah menghantar gambar kepada ibunya di kampung dan akhirnya mendapat restu keluarga. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.
Dengan perkhabaran baik ini sekali gus menarik perhatian netizen. Rata-rata meluahkan rasa bahagia dan gembira dengan cinta baru Coach Yin yang akhirnya bertemu jua dengan wanita tulen.
Bahkan mereka sempat memuji teman wanitanya itu jauh lebih cantik berbanding sebelum ini. Di kesempatan ini, orang ramai mendoakan agar cinta Coach Yin dan Yeen Azmin menemui kebahagiaan sehingga ke jinjang pelamin.