Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Wajah Izara Aishah Tengah Pam Susu Untuk Anak Tarik Perhatian Peminat

Bergelar sebagai ibu antara pencapaian yang paling dinanti-nantikan oleh kaum wanita. Rasanya tidak lengkap jiwa seorang isteri sekiranya tidak mengalami pengalaman beranak dan berada di dewan bersalin.

Tambah pula cahaya mata merupakan pelengkap kepada rumah tangga dan pengikat kasih sayang antara suami isteri. Bak kata orang tua, bila berselisih faham maka anak lah menjadi tunjang kepada kekuatan cinta.

Irisa Alaia
GAMBAR IZARA TENGAH PAM SUSU JADI PERHATIAN RAMAI

Berkisar soal cahaya mata, pelakon cantik Izara Aishah dilihat jarang memuat naik aktiviti harian di akaun Instagram miliknya sejak menimang cahaya mata sulong. Ramai yang menantikan perkembangan terkini Izara dan juga anaknya, Irisa Alaia.

Akhirnya kerinduan peminat terjawab apabila terbaru Izara memuat naik gambar sedang melakukan rutin pam susu di sisi anak kesayangan. Kebiasaannya bila dah ada anak, orang lain pasti akan kelihatan kusut dan tidak terurus.

KEKAL CANTIK BIAR PUN BERBAJU TIDUR

Berbeza dengan menantu Tok Ti ini, Izara tetap kekal cantik dan menawan biar pun hanya berbaju tidur sekali gus menjadi bualan ramai peminat.

Hanya menyertakan kepsyen pendek memberitahu gambarnya diambil oleh suami, Muhammad Adib, rata-rata peminat memuji kecantikan yang dimiliki oleh Izara.

“Photo by my husband.” Tulis ringkas Izara.

TURUT PUJI PEKA KESIHATAN ANAK, BERIKAN SUSU IBU

Dalam pada masa yang sama, peminat juga kagum dengan Izara yang peka mengenai kesihatan bayi dengan memberikan susu ibu kepada Irisa. Sudah pasti setiap ibu ingin memberikan yang terbaik buat anak mereka.

Bagi penulis, antara faktor utama untuk nampak cantik setiap masa adalah kebahagiaan dan juga kewangan. Bila hati tenang dan poket penuh dengan duit, sudah pasti aura cantik akan hadir dengan sendiri kelak.

Sebagai rekod, Izara Aishah merupakan finalis bagi Pencarian Dewi Remaja 2009/10, pada ketika itu dimenangi oleh Neelofa. Kemudian dia mendapat kepercayaan untuk membintangi banyak drama.

Antara yang telah mengangkat namanya adalah menerusi Keranamu Laila dan juga Vanilla Coklat. Setelah 3 tahun menjalinkan hubungan cinta bersama Adib Khalid, akhirnya mereka selamat mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Kongsi artikel ini: