Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Lepas satu per satu kerjayaan yang ditempa oleh Sugu dan isteri S.Pavithra. Bermula hanya sekadar suka-suka berkongsi masakan di platform YouTube akhirnya mengubah 360 darjah kehidupan pasangan suami isteri ini.
Dikhabarkan terbaru S.Pavithra akan menerima pengiktirafan dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh bagi tahun 2020. Pengiktirafan itu juga bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada tahun hadapan.
Menurut Datuk Bandar Ipoh iaitu Datuk Rumaizi Baharin, pengiktirafan tersebut diberikan kepada Pavithra (anak kelahiran Buntong) berikutan kejayaannya bersama suami dalam berkongsi video masakan di YouTube sehingga lah mendapat perhatian Perdana Menteri.
Dalam pada itu, pihak MBI telah pun mengenal pasti hampir 100 individu lain yang hadir dari pelbagai latar belakang seperti usahawan, penjawat awam, agamawan, penggiat seni dan juga golongan pendidik, turut sama bakal menerima pengiktirafan tersebut.
Tambah Datuk Bandar itu lagi, sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-32 pada tahun ini tidak dapat diadakan berikutan pandemik yang sedang melanda. Justeru, kesemua ikon tersebut bakal diraikan pada tahun hadapan.
Untuk permulaan, 10 orang anak kelahiran Ipoh yang banyak memberi sumbangan dan mendapat pelbagai pengiktirafan akan diumumkan secara berperingkat.
Memberi reaksi kepada pengiktirafan ini, Pavithra meluahkan kata-kata penghargaan kepada MBI kerana memilihnya sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh. Sudah pasti dengan pencapaian ini akan memberikan lebih semangat untuk dia dan suami kelak.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya dan suami selama ini.” Memetik kenyataan Pavithra kepada Bernama.
Tahniah penulis ucapkan kepada Sugu dan Pavithra kerana berjaya menunjukkan suatu nilai baru dalam kehidupan berbilang kaum.