Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masih Rasa Bersalah Tenyeh Kepala Isteri! Nubhan Ahamad Dedah Ada Cerita Di Penghujungnya

Sejak beberapa hari lalu, hubungan antara penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Nubhan Ahamad dan isteri iaitu Dr. Afifah Tawfek menjadi bualan ramai berikutan aksi mereka yang sedang bertelagah di parkir kereta.

PEMINAT DUGA AKSI BERGADUH NUBHAN SEKADAR GIMIK

Yang menjadi pertikaian ramai adalah sikap kasar Nubhan yang mencengkam kepala isteri dan memarahinya disebabkan kereta hilang. Melihat kepada reaksi peminat, ramai yang tidak menyangka perwatakan yang ditunjukkan oleh penyanyi berkenaan.

Malah ada yang beranggapan bahawa aksi itu adalah gimik serta lakonan semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerkah, Tenyeh Kepala Isteri Di Tempat Awam Jadi Perhatian! Akhirnya Nubhan Ahamad Buka Mulut
NUBHAN AKHIRNYA BUKA MULUT, MOHON MAAF PADA ISTERI

Setelah beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya hari ini Nubhan tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik kejadian tersebut. Nubhan memohon maaf kepada isteri kerana menunjal kepala, atas alasan terpaksa.

Video berkenaan adalah lakonan dari Nubhan khusus untuk memberi kejutan kepada isteri bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima tahun. Sehingga hari ini Nubhan masih diselubungi rasa bersalah kerana memainkan perasaan Dr. Afifah sedemikian.

BERKSAR UNTUK BUAT ISTERI MARAH
“Kisah sebenar ‘LELAKI DYUS’”
“Sorry sayang @drfietawfek sebab i tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah tapi u tak marah2. I dah jam sebab tu terpaksa berkasar sikit. Sampai sekarang I rasa bersalah ni.”
“As u wish! U nak sangat hadiah ni. Hope you happy! Sorry jugak sebab tesalah date anniversary. Mungkin masalah hakiki lelaki suka lupa date ni tak dapat dipisahkan. Sepoz bulan ogos. I ngatkan july. Good luck for ur business @lantarabeauty I will support you.”
Sumber: Instagram Nubhan Ahamad

Sehubungan dengan itu, maka terjawab lah segala persoalan yang berlegar di benak peminat. Nampaknya betul agakan orang ramai mengenai video bekenaan yang sengaja dibuat-buat.

Apa pun selamat ulang tahun perkahwinan buat Nubhan dan isteri. Semoga ianya berkekalan sehingga ke anak cucu.

Kongsi artikel ini: