Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam keadaan semasa di mana dunia sedang berhadapan dengan wabak pandemik, seharusnya setiap dari kita perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjaga diri sendiri.
Tiada guna sekiranya pihak kerajaan sahaja yang besungguh-sungguh mengekang tanpa kerjasama dari rakyat. Terdahulu hangat di media sosial apabila seorang individu gagal mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Tanpa langsung rasa bersalah, wanita berkenaan boleh bersenang-lenang mengunjungi sebuah restoran di Bandar Meru Raya walhal menyedari diri berisiko untuk menjadi punca kepada penularan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam, Sekitar dan Teknologi Hijau negeri iaitu Ahmad Saidi Mohamad Daud memberitahu yang pihaknya sudah mengenal pasti individu berkenaan.
Walau bagaimanapun pihaknya masih lagi dalam proses mengumpul maklumat secara lengkap berhubung pelanggaran SOP oleh individu tersebut sehingga menjadi bualan netizen lain sejak akhir-akhir ini.
Tambah Saidi lagi, dia menasihati orang ramai yang pernah makan di kafe berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan kuarantin di rumah jika didapati bergejala. Jika berasa ragu, sebaiknya membuat saringan Covid-19.
Dalam pada masa yang sama, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Muhamad Shahrizal Aris memaklumkan yang pihaknya telah membuat operasi sanitasi di premis terlibat dan beberapa lagi kedai berdekatan.
Melihat reaksi warganet, rata-rata meluahkan rasa puas hati. Mereka berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas individu berkenaan agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.
Kesimpulannya, setiap individu mestilah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling. Perintah untuk berada dirumah sepanjang tempoh kuarantin adalah bagi memastikan tiada penularan wabak covid ini kepada mana mana pihak.