Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan perasan dengan kelibat seorang wanita yang sering sahaja berdampingan dengannya, iaitu Melati Abdul Ghani.
Untuk pengetahuan umum, Melati merupakan salah seorang pembantu peribadi usahawan kosmetik berkenaan. Dan terbaru timbul desas desus mengatakan bahawa pembantu peribadinya itu akan ditamatkan perkhidmatan.
Pelbagai andaian dan khabar angin yang tidak betul berkaitan penamatan Melati ini. Enggan menimbulkan salah faham akhirnya Melati tampil menjelaskan perkara sebenar dengan memuat naik notis pemberitahuan diberhentikan kerja menerusi laman Instagramnya.
Akui tidak kisah dengan isu tersebut, Melati menganggap bahawa rezeki hanya setakat itu sahaja bersama syarikat Aliff Syukri. Yang penting perlu rajin dalam mencari peluang dan yang menentukan rezeki manusia adalah Allah SWT.
Melihat kepada notis yang disertakan, punca kepada Melati diberhentikan kerja berikutan syarikat Aliff Syukri iaitu Aliff Syukri Legacy Sdn Bhd telah mengalami penurunan jualan sekali gus mengakibatkan kerugian syarikat.
Melati merupakan pembantu peribadi yang paling lama berkhidmat dengan Aliff Syukri. Ternyata dengan notis berkenaan sedikit sebanyak mengusik emosinya yang merasakan orang bawahan akan sentiasa dicampak kesalahan biar pun sudah bertahun-tahun berkhidmat.
Kesimpulannya, dewasa kini banyak syarikat mula terkesan dan gulung tikar gara-gara pandemik. Sudah pasti ianya situasi yang sangat sukar untuk dihadapi oleh semua pihak. Yang penting terus kekal positif dan jangan cepat berputus asa.