Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mawar Karim Beri Bayangan Dah Move On, Tayang Kekasih Hati. Tengok Lengan Dah Tahu Kacak!

Dalam rumah tangga, perselisihan faham adalah perkara biasa. Menjadi lumrah manusia untuk mengambil masa antara satu sama lain dalam memahami perangai sebenar setiap pasangan.

Kadang kala perselisihan faham ini lah membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Biar pun pencraian dibenarkan dalam agama Islam, namun ia merupakan perkara yang paling dimurkai oleh Allah SWT.

Sebaiknya setiap masalah yang dihadapi perlu menjalani kaunseling agar dapat mempositifkan diri masing-masing. Di kala ini juga akan datang hasutan jauh di sudut hati agar meruntuhkan mahligai yang dibina.

HAMPIR SETAHUN MAWAR KARIM DAN FIZO BERCRAI

Dalam kita tak sedar, kisah pencraian antara Mawar Karim dan juga Fizo Omar hampir setahun berlalu. Masing-masing kini dilihat semakin selesa dengan haluan sendiri dengan fokus pada kerjaya mereka.

Peminat mula berpendapat bahawa ada sesuatu antara Fizo dan juga rakan selebriti, Azar Azmi. Mereka dilihat kerap bersama dan mesra bergandingan dalam rancangan YouTube. Kedua mereka juga tak lekang memuat naik gambar di Instagram masing-masing.

MAWAR BERI PERTANDA DAH MENEMUI ORANG BARU

Sudah pasti peminat pun ingin tahu perkembangan Mawar Karim sama ada sudah pun move on dengan kehidupan solo atau tidak. Dalam perkembangan terbaru, Mawar dilihat sedang meluangkan masa bercuti di Cameron Highland bersama keluarga tercinta.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah salah satu gambar yang dimuat naiknya bergandingan dengan seorang jejaka. Sekali gus memberi bayangan sudah pun menemui pengganti. Sehingga kini identiti jejaka tersebut kekal misteri dan menjadi tanda tanya.

PAKAI BAJU SEDONDON, PEMINAT DOAKAN KEBAHAGIAAN

Dapat diperhatikan mereka berdua berpakaian sedondon berwarna hijau sambil menikmati makanan bersama.

Melihat kepada reaksi orang ramai, mereka menunjukkan sokongan positif kepada usahawan tersebut kerana berjaya melupakan kegagalan kisah rumah tangganya dahulu.

Dalam pada masa yang sama, mereka sempat menitipkan doa agar Mawar menemui kebahagiaan bersama orang baru, yang mungkin lebih menghargainya dalam segenap segi.

Kesimpulannya, jika perpisahan adalah jalan terbaik, biar kan lah kenangan lalu sebagai pengajaran berguna untuk dibawa ke masa hadapan. Semoga Mawar dan Fizo masing-masing menemui kebahagiaan dengan cara tersendiri.

Kongsi artikel ini: