Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lukisan Mural Pemimpin Negara Dipadamkan, Raja Permaisuri Agong Luah Rasa Kepada Si Pelaku

Seni lukis datang dalam pelbagai bentuk. Antara yang mendapat perhatian adalah seni lukisan mural, iaitu lukisan yang dibuat secara rawak di atas permukaan dinding atau permukaan yang luas.

Sebenarnya lukisan mural ini sudah pun wujud berpuluh tahun dahulu lagi dan kini ianya mendapat sentuhan berbeza mengikut karya masing-masing. Di Negara kita, antara tempat yang sering menjadi perhatian lukisan mural adalah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam.

LUKISAN MURAL DIPADAMKAN MBSA

Umum sedia maklum mengenai wajah pemimpin negara yang berjaya mengekang pandemik telah diadaptasi kepada lukisan mural. Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bertindak memadamkan lukisan berkenaan.

Difahamkan kesemua lukisan mural telah pun dicat putih oleh kakitangan MBSA pada tengah hari tadi sambil dikawal pihak polis. Hal ini disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menconteng mural berkenaan dengan kata-kata kesat.

TIADA LAGI MURAL DI U12, SHAH ALAM

Sudah pasti tindakan sedemikan mengundang rasa sebak orang ramai terutama pelukisnya sendiri, Suhaimi Ali.

Menurut Suhaimi, dia sangat berterima kasih bagi pihak yang menyokong karya muralnya itu dan memberi peluang untuk dia menunjukkan bakat. Tambahnya lagi, dengan kejadian tersebut maka tiada lagi karya muralnya pada masa akan datang.

TUANKU PERMAISURI AGONG TURUT KECEWA

Memberi reaksi kepada insiden ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menitipkan kata-kata. Tuanku Azizah berharap tindakan si pelaku yang melakukan vandalism mendapat balasan Allah kelak.

“Semoga Allah SWT yang membalasnya.” Tulis ringkas Permaisuri Agong.

SEMOGA DAPAT TANGKAP PELAKU VANDALISM

Ramai netizen yang turut bersimpati mengenangkan kembali karya mural berkenaan yang sepatutnya boleh dijadikan sebagai kawasan tumpuan ramai. Mereka mengharapkan agar pihak berkuasa dapat mencari pesalah yang menconteng arang dan dihukum dengan setimpalnya.

Tambah netizen lagi, mereka berharap agar orang ramai jadikan ianya pengajaran dan tidak busuk hati terhadap karya orang lain. Jika kita tidak ada apa yang boleh disumbangkan, lebih baik menyokong hasil sumbangan orang lain.

Sudah pasti lukisan mural ini dirindui ramai. Terima kasih pelukis atas hasil kudrat karya anda selama ini.

Kongsi artikel ini: