Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Didakwa Dah Bertunang Dengan Gadis Terengganu, Zizan Razak Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar

Zizan Razak antara pelawak yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Namanya semakin mencanak naik semenjak bergandingan dengan Johan Raja Lawak dan membentuk nama baru Jozan.

Sejak dari itu, pelbagai bentuk tawaran yang diterimanya terutama dalam dunia pengacaraan dan juga bidang lakonan. Siapa sangka bermula di pentas Raja Lawak akhirnya Zizan mampu meraih pelbagai anugerah seperti Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem).

KHABAR ANGIN ZIZAN BERTUNANG DENGAN GADIS TERENGGANU

Boleh dikatakan kejayaan Zizan dalam kerjaya hampir sempurna yang tak mungkin dicapai oleh selebriti lain. Walau bagaimanapun, sebagai seorang manusia tidak lengkap kehidupan jika tidak mempunyai pasangan kekasih.

Dalam perkembangan terbaru, bagai angin bertiup kencang mendakwa Zizan sudah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang juga berasal dari Terengganu.

MASIH SOLO, TAK TAHU DARI MANA DATANGNYA BERITA SEDEMIKIAN

Enggan menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat, pelawak berkenaan tampil menepis dakwaan yang tersebar. Dia sendiri terkejut bagaimana cerita sedemikian boleh timbul walhal dia sendiri tidak tahu berita itu.

Dalam pada itu, Zizan mengakui yang dirinya masih lagi solo. Dan mengenai berita pertunangan yang tersebar, dia menerima positif dan menganggap ianya satu doa dari orang ramai yang ingin melihat dia mendirikan rumah tangga.

TAKKAN BERAHSIA, AKAN DIUMUMKAN JIKA TIBA MASANYA

Tambah Zizan lagi, sekiranya dia sudah pun menjumpai calon yang sesuai, sudah pasti ia akan dikongsikan sendiri kepada peminat dan pengamal media.

“Saya pun pertama kali dengan dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu.”
“Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.”
“Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa.”
“Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja.” Memetik kenyataan Zizan kepada Astro Gempak.

Maka terjawab lah segala kisah yang bertebaran mengenai status sebenar Zizan. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat jodoh pelawak berkenaan memandangkan usianya pun semakin meningkat.

Kongsi artikel ini: