Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bunga Citra Lestari (BCL), satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Indonesia dan juga Malaysia. Berkahwin dengan jejaka dari Malaysia, iaitu Ashraf Sinclair menaikkan lagi kedua nama mereka sehingga menjadi fenomena antara dua Negara.
Kisah cinta mereka kerap kali disamakan seperti cinta Romeo dan Juliet. Hasil perkahwinan yang dibina pada tanggal 8 November 2008 dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Sinclair.
Siapa sangka, dalam meniti saat bahagia tanpa ada langsung kisah kontrversi, akhirnya rumah tangga mereka diuji. Pada 18 Februari lalu, khabar duka menyelubungi keluarga BCL apabila suami tercinta pergi tanpa diduga.
Difahamkan Ashraf mninggal dunia disebabkan masalah jantung. Hampir 5 bulan Allahyarham meninggalkan keluarga tercinta, BCL telah memuat naik satu karya lagu, khas buat suaminya.
Difahamkan lagu berjudul 12 Tahun Terindah mendapat lebih daripada satu juta jumlah tontonan dan lebih dari 20 ribu komen dari peminat dalam tempoh satu jam ianya dimuat naik di platform YouTube.
Menurut pemerhatian, hampir keseluruhan peminat menitiskan air mata sepanjang melihat serta mendengar lagu tersebut. Lirik lagu yang penuh meruntun perasaan dan juga jalan cerita yang memaparkan saat suka duka bersama Allahyarham dan juga anak mereka.
Dalam tidak sedar air mata penulis turut membasahi pipi. Sejak pemergian suami, BCL dilihat lebih menyendiri dan kurang aktif di media sosial. Sudah pasti keaadan tersebut sangat sukar buatnya.
Menurut BCL, klip video lagu berkenaan merupakan karyanya yang bersifat peribadi. Segala lirik memperlihatkan kisah cinta dan juga perjalanan kehidupan bersama Ashraf sepanjang mereka bergelar pasangan suami isteri selama 12 tahun.
Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka turut bersimpati dan sayu dengan karya tersebut. Dalam pada masa yang sama mereka mendoakan agar penyanyi cantik berkenaan terus kuat dalam melayari bahtera hidup tanpa suami di sisi.
Kesimpulannya kehilangan orang tercinta amat sukar untuk dicari ganti. Namun kita perlu tetapkan diri dalam berhadapan pelbagai situasi memandangkan jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan.