Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hidap Denggi, Rizalman Terima Layanan Istimewa Dr Permaisuri Agong Yg Tak Mungkin Dpt Oleh Org Lain

Siapa yang tak kenal dengan pereka fesyen, Dato’ Rizalman bin Ibrahim. Karya fesyennya sering sahaja menjadi idaman para selebriti. Oleh itu, tidak hairan lah pengaruhnya sangat tinggi dalam kalangan pencinta fesyen tanah air.

Anak jati Georgetown, Pulau Pinang ini merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik beradik dan berkelulusan dalam bidang Seni Lukis dan seni Reka (Fesyen) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Hampir 25 tahun berkecimpung dalam industri fesyen tanah air, pada 21 Februari lalu, Rizalman telah mengumumkan berita yang mengejutkan ramai pengikutnya. Dia telah telah membuat keputusan untuk bersara dari terus menjadi pereka fesyen atas alasan takut tidak bersedia apabila dijemput Ilahi.

RIZALMAN MENGALAMI DEMAM DENGGI

Selain dari kisah fesyen dan rancangan memasak yang dianjurkan Rizalman, umum sedia maklum bahawa dia mempunyai hubungan arab dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mereka sering sahaja meluangkan masa bersama berkaitan air tangan di dapur. Dalam perkembangan terbaru, difahamkan pereka fesyen tersebut mengalami demam denggi dan kini sedang menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan.

RAJA PERMAISURI AGONG DATANG MELAWAT, SIAP SUAP UBAT

Hal tersebut diakui sendiri tuan badan menerusi Insta Story miliknya pada beberapa jam yang lalu. Dalam pada masa yang sama, Rizalman dilihat sangat terharu apabila Raja Permaisuri Agong meluangkan masa menziarahinya dengan membawa ubat istimewa sekali.

Dapat dilihat dalam beberapa rakaman video yang menunjukkan Raja Permaisuri Agong menyuap sendiri ubat istimewa berkenaan ke mulut Rizalman. Dari raut wajah pula, dapat dilihat betapa loyanya Rizalman dalam menelan ubat yang diberikan.

Figura ini sangat bertuah kerana bukan sahaja dilawati oleh Raja Permaisuri Agong bahkan turut mendapat layanan istimewa yang tidak mungkin akan dirasai oleh rakyat biasa lain.

HANYA PERLU BEREHAT

Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong juga sempat menitipkan pesan agar pereka fesyen berkenaan lebihkan masa untuk berehat dan pentingkan penjagaan kesihatan diri.

Rizalman mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih bagi peminat yang mendoakan kesihatannya dan memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan stabil.

Kongsi artikel ini: