Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap rakyat pasti akan ada rasa cinta terhadap Negara. Tidak dinafikan ada sesetengah puak wujud dan menentang ideologi negara mereka sendiri. Disebabkan itu lah di Negara kita, anak-anak kecil telah dididik sejak bangku sekolah lagi mengenai semangat patriotik.
Berada dalam sebuah Negara yang berbilang kaum memiliki cabaran tersendiri. Terutama dalam menghormati budaya dan adat masing-masing. Namun keunikan ini lah mencipta nama Malaysia sebagai sebuah Negara majmuk di mata dunia.
Baru-baru penulis ada kongsikan kisah di mana penerbit sebuah buku menjadikan jata Negara sebagai kulit buku namun diubah dari segi bentuk asalnya. Sekali gus hal ini mengundang rasa tidak puas hati masyarakat.
Umum sedia maklum bahawa jata Negara nilainya sangat tinggi dan lambang kepada Negara Malaysia. Seharusnya jata Negara perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak.
Tidak mengambil pengajaran daripada kisah tersebut, terbaru sebuah syarikat pengeluar kasut jenama Beethree turut menjadi bualan ramai gara-gara meletakkan logo jata Negara di bahagian dalam kasut.
Sudah pasti perkara sedemikian mengundang rasa tidak puas hati orang ramai kerana tidak menghormati kedudukan sesebuah makna Negara. Justeru, setelah hebat “dibasuh” netizen akhirnya syarikat berkenaan akur membuat permohonan maaf secara terbuka.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan:
Semoga syarikat lain mengambil pengajaran terhadap isu ini dan peka soal kepentingan dan kehormatan jata Negara.