Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah rumah tangga antara Bella Astillah dan juga Alliff Aziz sedikit berliku berbanding pasangan selebriti lain. Setelah mengharungi episod kegagalan dalam rumah tangga, peminat sangkakan kedua mereka sudah pun move on dan membawa haluan sendiri.
Walau bagaimanapun Bella dan Aliff cuba merahsiakan mengenai hubungan mereka bertaut kembali. Pada awalnya mereka tidak mendedahkan bahawa telah rujuk sewaktu tempoh iddah namun peminat mulai meneka apabila terlihat tubuh badan Bella mulai berubah.
Semakin hari baby bump mula jelas kelihatan dan akhirnya Bella akur dengan mendedahkan semuanya. Jelasnya dia belajar daripada kesilapan lalu dan tidak mahu terlalu terbuka soal masalah rumah tangga kepada umum.
Dalam perkembangan terbaru, setelah 9 bulan melalui fasa hamil akhirnya Bella selamat melahirkan bayi perempuannya sekitar jam 6.10 pagi tadi. Hal tersebut disampaikan sendiri tuan badan menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.
Dalam pada masa yang sama, Bella meluahkan rasa syukur kepada Tuhan dan juga berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan keselamatan kandungan dan juga proses bersalinnya.
Terdahulu Bella ada menyatakan rasa bimbang kerana kandungan keduanya itu langsung tidak menunjukkan petanda untuk bersalin biar pun sudah tiba masanya. Tambah Bella lagi, dia mula berasa tidak kena awal pagi tadi.
Dan pada jam 3.30 pagi tadi dia terus bergegas ke hospital dan akhirnya bayi comel selamat keluar dua jam selepas dari itu. Ini adalah pengalaman baru buat Bella kerana terpaksa berdepan situasi sebegitu tanpa suami di sisi.
Maklum lah dengan keadaan sempadan Negara yang masih lagi belum dibuka memaksa Aliff dan Bella berjauhan. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai. rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan agar bayi berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Semoga dengan kehadiran cahaya mata kedua ini mengeratkan lagi hubungan antara Bella dan suami di masa depan. Tahniah penulis ucapkan.