Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap pasangan yang bercinta akan mengimpikan untuk membina mahligai rumah tangga bersama-sama. Bercinta merupakan proses awal di mana setiap pasangan mengenali hati budi masing-masing.
Namun tidak dinafikan bahawa proses bercinta bukan lah penentu setiap dari kita telah pun mengenal perangai sebenar selagi mana belum tidur sebantal. Yang pasti, tetapkan hati pada yang satu dan sanggup menjalani kehidupan susah senang besama-sama.
Nama pelakon yang tak pernah lekang dengan kisah kontrversi iaitu Zarina Anjoulie mendedahkan dia dan kekasih sedang giat dalam membuat perancangan untuk berkahwin. Hubungan mereka mula dihidu ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Zarina Anjoulie atau lebih selesa disapa Anju sering kali berkongsikan momen manis bersama kekasih hati, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas. Menurut Anju, Yas merupakan seorang yang penyabar dan sentiasa mendukung perkara yang dia lakukan.
Dalam perkembangan terbaru pasangan sama cantik sama padan ini, Anju memberi bayangan mengenai persiapan perkahwinan mereka dengan memuat naik gambar menempah baju kahwin. Malah menurut Anju, dia dan Yas bersetuju untuk tidak bertunang dan terus kepada proses berkahwin.
Tambah Anju lagi, segala persiapan masih di peringkat awal. Sekarang mereka hanya baru menyiapkan 20 peratus sahaja dari keseluruhan perancangan. Hingga kini, Anju masih belum mampu memaklumkan tarikh perkahwinan mereka.
Jika semuanya berjalan dengan baik baru lah dia dan Yas akan war-warkan kepada peminat kelak. Cuma apa yang dipintanya adalah agar orang ramai mendoakan perkara baik agar setiap perancangan yang mereka aturkan dipermudahkan.
Terdahulu, Anju pernah memaklumkan yang dia hampir menjalani kursus perkahwinan bersama kekasih. Walau bagaimanapun perancangan mereka terbantut susulan PKP yang dilaksanakan.
Tahniah Anju dan Yas. Semoga urusan mereka dalam membina masjid dipermudahkan dan dilimpahi dengan rahmat.