Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan pelakon kelahiran Ipoh, Perak iaitu Mira Filzah. Namanya mencuri hati peminat semenjak membintangi drama Eksperimen Cinta dan Cinta Si Wedding Planner.
Sejak dari itu, kisah hidup pelakon cantik manis ini sering menjadi bualan. Ada sahaja episod cinta yang menjadi spekulsi orang ramai. Semua desas-desus tersebut terungkai apabila Mira sendiri mengesahkan bahawa sudah pun bertunang.
Tekaan ramai mengenai jejaka yang sentiasa mendampingi Mira adalah benar belaka. Wan Emir Astar yang juga kenalan lama ketika waktu persekolahan menjadi pilihan hati Mira Filzah. Menurut pelakon berkenaan, tempoh pertunangan mereka berjalan sangat lancar.
Mengukuhkan lagi kisah ini apabila bakal ibu mertua Mira Filzah yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anak terunanya bakal berkahwin dengan pelakon berkenaan pada tahun ini.
Tambah Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini lagi, kedua belah keluarga sudah pun bertentang mata dan saling bersetuju. Justeru dia meminta agar orang ramai mendoakan kebahagiaan buat Wan Emir dan Mira Filzah kelak.
Sehingga kini, Mira masih belum mendedahkan tarikh tepat untuk majlis akad nikah mahupun resepsi yang bakal direncanakan. Apa yang pasti, apabila kedua pihak sudah bersedia, Mira sendiri akan mengumumkan kepada peminat.
Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka sangat gembira dengan perkhabaran baik ini. Setelah lama berteka-teki akhirnya terjawab siapa jejaka yang berjaya menambat hati Mira Filzah.
Mereka juga tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan mendoakan agar majlis yang bakal diadakan bakal berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kelak. Tahniah sekali lagi penulis ucapkan kepada Mira Filzah dan juga pasangan.