Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Salah faham dan juga pertelingkahan adalah perkara biasa dalam fasa rumah tangga. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Oleh demikian, sebagai suami isteri dituntut untuk bertolak ansur dan saling menghormati.
Terutama bagi golongan suami yang merupakan tiang dan juga ketua keluarga. Seorang suami sewajarnya perlu lebih peka dengan soal hati dan perasaan wanita yang kadang kalanya penuh dengan drama.
Lumrah sebagai manusia, seorang lelaki tidak dapat lari dari menahan amarah. Itu lah yang membelengu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia iaitu Nubhan Ahamad apabila video pergelutan bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah Tawfek mula menjadi perhatian.
Terbaru, sebuah rakaman memaparkan Nubhan sedang memarahi isteri ketika berada di tempat awam. Dapat didengar dari perbualan mereka bertengkar mengenai kereta mereka yang hilang di kawasan parkir.
Dalam pada itu, dapat diperhatikan Nubhan bertindak ksar dengan mencengkam kepala Dr. Afifah sekali gus perbuatan tersebut mendapat pelbagai reaksi negatif dari orang ramai.
Mereka menyifatkan Nubhan seorang yang dyus dan tidak sepatutnya bertindak sedemikian apatah lagi ketika berada di tempat awam. Walau bagaimanapun, ada yang mengandaikan bahawa perbuatan mereka itu sekadar lakonan semata-mata bagi tujuan pemasaran.
Menjawab situasi yang mula menjadi bualan netizen, Nubhan menyatakan yang dia perlukan masa untuk bertenang mengenai masalah yang dihadapi bersama isteri.
Nubhan dan Dr. Afifah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan setelah hampir 5 tangga perkongsian hidup.
Sebagai peminat, jangan lah kita cepat salah sangka dan sama-sama doakan kebahagiaan buat pasangan ini dalam meniti ujian. Semoga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara baik.