Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berani Buat Berani Tanggung! Editor Buku Hina Jata Negara Akhirnya Larikan Diri Ke Luar Negara

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu kepentingan dan tanggungjawab sendiri bagi menjaga maruah dan nama baik Negara di mata dunia. Sehubungan dengan itu, setiap dari kita perlu lah menanam sikap patriotik dan sayangkan Negara.

Umum sudah pun maklum bahawa Jata Negara merupakan lambang negara Malaysia. Kepentingannya adalah sama seperti jalur gemilang yang mana kita perlu menjaga kesuciannya daripada dipengaruhi anasir-anasir tidak baik.

EDITOR BUKU HINA JATA NEGARA LARIKAN DIRI

Menjadi bualan ramai sehingga membawa kes polis apabila editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia, apabila dia telah menggunakan gambar kulit buku berupa Jata Negara yang telah diubah suai dari beberapa segi dan bentuk.

Sekali gus perbuatan ini disifatkan telah menghina Jata Negara yang sepatutnya setiap rakyat perlu pertahankan. Dalam perkembangan terbaru, lelaki tersebut yang juga warganegara tempatan difahamkan telah melarikan diri ke luar Negara.

TINGGALKAN NEGARA SEJAK 21 JUN LALU

Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenanyah (JSJ) Bukit Aman iaitu Datuk Huzir Mohamed memberitahu bahawa hasil semakan dokumen perjalanan lelaki berkenaan mendapati dia telah pun ke luar Negara sejak 21 Jun yang lalu.

Dalam menangani kes ini, Huzir menjelaskan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Interpol dalam mengesan suspek. Pihak JSJ telah pun menyenaraikan editor buku tersebut sebagai Orang Yang Dikehendaki dan akan ditangkap selepas berjaya dikesan.

Sehingga kini JSJ telah pun merakam 8 keterangan daripada 28 penulis yang menyumbang artikel kepada buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia tersebut. Manakala selebihnya masih lagi sedang dikesan.

SIASATAN LANJUT MENYUSUL JIKA ADA UNSUR ANCMAN

Kes ini dilakukan dibawah seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, JSJ juga akan meminta Cawangan Khas dalam mengenal pasti jika artikel yang disumbangkan oleh 28 penulis buku berkenaan mempunyai unsur-unsur ancman keselamatan dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai rakyat yang baik dan menghormati undang-undang Negara, seharusnya kita menjaga setiap bentuk identiti Negara Malaysia di mata umum agar tidak timbul isu salah faham.

Kongsi artikel ini: