Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Selepas Hebat Dikritik, Safiey Ilias Pilih Untuk Tidak Jumpa Mana-Mana PU Kecuali..

Nampaknya isu yang membabitkan usahawan kosmetik, Safiey Ilias masih lagi belum reda. Dia yang mula mencuri tumpuan ramai apabila kembali kepada perangai lama biar pun sebelum ini berjanji untuk berubah.

Tidak dinafikan bahawa bukan mudah untuk seseorang itu berada di atas landasan yang betul atas faktor keimanan dalam diri yang sentiasa naik dan turun. Kadang kala nfsu membuatkan kita terus alpa serta selesa melakukan kemungkaran.

Namun ianya bukan lah satu tiket untuk kita terus lalai. Yang pasti perlu kembali kepada fitrah asal. Kisah Safiey ini sekali gus mendapat perhatian ramai termasuk lah ilmuan agama.

SELESA UNTUK MERUJUK USTAZ EBIT LEW

Berasa ralat dengan teguran agamawan yang menghentamnya menerusi platform media sosial, Safiey menyatakan yang dia bersedia untuk bertemu mana-mana pendakwah yang berniat membimbingnya ke jalan yang benar.

Justeru, dalam kenyataan terbaru, figura ini memaklumkan yang dia lebih selesa untuk berdamping dengan Ustaz Ebit Lew. Jelas Safiey, dia tidak mempunyai sebab untuk bertemu dengan Pencetus Ummah (PU) seperti mana dipintanya terdahulu.

PU SENGAJA RAIH PUBLISITI

Tambah Safiey lagi, bertemu PU seolah-olah sekadar tujuan pemasaran sahaja. Oleh demikian, dia enggan meneruskan pertemuan tersebut dan tidak mahu melibatkan ramai pihak dalam menyelesaikan masalah diri.

“Saya tahu dengan siapa yang perlu dirujuk dalam hal ini. Saya lebih selesa dengan Ustaz Ebit Lew. Saya ada nombor dia untuk dihubungi. Bukan saya berlagak tapi tak perlu libatkan ramai orang dengan masalah saya.”
“Saya ada beberapa orang kenalan dari pejabat agama dan juga ustaz-ustaz yang lain. Saya tak perlu cari PU ini, atas sebab apa? Semua ini sekadar pemasaran saja. Sebenarnya lebih okey kalau dia menghubungi saya secara peribadi.” Jelas lanjut Safiey.

BUANG EGO, HORMATI ILMUAN AGAMA

Walau bagaimanapun, seorang penganut agama Islam yang baik, sewajarnya kita menghormati pandangan dan teguran dari ilmuan agama. Tidak perlu menunding jari atau mencari silap mereka sekiranya ada teguran yang dibuat.

Sudah menjadi kewajipan para pendakwah untuk menegur kemungkaran serta memperingatkan kita tentang balasan Allah kelak.

Semoga Safiey Ilias bertemu jawapan dengan masalah yang dihadapi, sekali gus menjadi seorang muslim yang soleh.

Kongsi artikel ini: