Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pakai Baju Sendat Ketika Berbasikal, Hanez Suraya Terima Mesej “Kasar” Dari Netizen

Acara berbasikal boleh dikatakan mula mendapat perhatian dan trending dalam kalangan masyarakat kita sejak akhir-akhir ini. Lihat sahaja di media sosial, pelbagai ragam yang ditampilkan oleh mereka selama menyertai aktiviti sihat tersebut.

Antara tempat yang sering menjadi trek tumpuan adalah di Bukit Tungku, Sekitar Bandar Kuala Lumpur, Putrajaya dan banyak lagi. Selebriti tidak melepaskan peluang dalam menjadikan aktiviti sihat ini sebagai hobi.

Pelakon dan juga usahawan terkenal iaitu Hanez Suraya antara artis yang dilihat sangat aktif berbasikal. Dia sering sahaja memuat naik gambar sepanjang momen mengayuh bersama rakan-rakan di sekitar ibu kota.

TERIMA KOMEN MELAMPAU

Walau bagaimanapun ada pula pihak yang seolah-olah tidak menyenangi dengan aksi atau pun gambar yang dimuat naik figura berkenaan. Dalam tidak sedar, Hanez telah menerima direct message dari individu yang tidak dikenali, telah mengecam penampilannya dalam berbasikal.

Komen tersebut telah dikongsikan Hanez menerusi Insta Story semalam, meluahkan rasa kesal dengan teguran yang dilemparkan oleh individu tersebut, yang menggunakan Bahasa agak kasar.

HANEZ HANYA MAMPU MENGUCAP PANJANG

Tidak mampu berkata apa-apa, pelakon cantik tersebut hanya mampu mengucap, mengesali dengan tomahan yang dilemparkan.

Berikut antara ayat yang diterima Hanez:

“Musbat, mak bapak ko ajar ko cre tutup aurat macam ni ke? Boleh pakai ktat kalau bertudung? Macam tu diorang ajar? Atau husband ko yang ajar? Stupd asshle!!”

“Mcm nil ah jadinya kalau hanya faham tutup aurat tu hnye pakai tudung. What a stupd thinking like you Hanez Suraya.”
“Nak tayang kt sape bentuk body tu, bahal*l?!! Semoga kebdohan & ksialn kau dalam berpakaian hny ada kat diri sendiri je. Tak diturunkan kt anak cucu. Na’uzubillahiminzalik.”
Kredit Gambar: Media Hiburan

Melihat kepada komen yang diterima Hanez ini ternyata teguran yang dibuat tidak berlandaskan kepada peribadi sebenar. Menegur itu adalah tanggungjawab semua pihak namun bukan lah dengan Bahasa ksat sedemikian rupa.

Semoga kita jadikan kisah ini sebagai sempadan agar menjaga aib diri sendiri. Sesungguhnya lidah itu lebih tajam dari sebilah pisau.

Kongsi artikel ini: