Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Golongan lelaki sering sahaja dikaitkan dengan masalah dalam sesuatu hubungan terutama dalam hal rumah tangga. Disebabkan itu lah golongan ini disarankan agar lebih bertanggungjawab dalam setiap perkara.
Menjadi seorang suami bukan satu tugas yang boleh dipandang remeh. Setelah akad dilafazkan, satu beban baru yang harus ditanggung oleh para suami terutama dalam mendidik isteri dan juga soal nafkah.
Perlu diingatkan juga bahawa setiap kesalahan dan tingkah laku yang dilakukan oleh isteri akan dipersoalkan atas tanggungan suami kelak.
Bercerita soal rumah tangga dan tanggungjawab suami, umum sudah pun maklum bahawa rumah tangga yang dibina antara Lufya Omar dan Dr Che Hafiz akhirnya terlerai di tengah jalan.
Pelbagai andaian mula timbul semenjak kisah mereka diberitakan. Ada pihak mendakwa ianya berpunca dari Che Hafiz sendiri dengan mengatakan dia meminati sejnis. Enggan namanya terus tercalar, akhirnya Che Hafiz tampil memberikan penjelasan terhadap keretakan rumah tangga mereka.
Dia menegaskan bahawa perpisahan antaranya dengan Lufya adalah berpunca dari sikap mereka sendiri yang sudah pun tiada persefahaman. Tambahnya lagi, ada alasan lain yang membawa kepada pencraian ini namun tidak dapat didedahkan lanjut.
Dalam pada itu, menurut Hafiz, tidak semua lelaki sado dan berkawan dengan ramai lelaki akan bersifat seperti sedemikian. Malah dia turut menolak isu gambar miripnya yang tersebar di media sosial.
Walau bagaimanapun Che Hafiz tidak cepat melatah atau pun menyalahkan netizen. Lagi pula mereka tidak tahu hal sebenar. Justeru dia meminta agar pengguna media sosial lebih berhati-hati dalam mendapatkan berita yang sahih.