Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Lambakan golongan pendatang asing tanpa izin boleh mendatangkan banyak masalah kepada Negara terutamanya ketika memerangi wabak Covid-19. Pelbagai usaha telah direncakan oleh pihak kerajaan dalam membanteras jenanyah rentas sempadan Negara dan juga kemasukan pendatang tanpa izin.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan sokongan penuh terhadap langkah tegas yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, iaitu Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Yang di-Pertuan Agong (YDP) sudahpun mengambil maklum berkaitan pelaksanaan operasi bersepadu Operasi Benteng (Op Benteng) yang diteraju bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Op Benteng diperkenalkan bagi tujuan untuk mengawal ketat sempadan Negara daripada diceroboh oleh pendatang asing tanpa izin dan seterusnya mengekang jenanyah rentas sempadan.
Selain itu juga, ianya bagi menyekat penularan wabak Covid-19 yang dikhuatiri dibawa masuk oleh warga asing tersebut.
Dalam masa yang sama, Ahmad Fadil berkata bahawa YDP berasa begitu kesal dengan kes-kes penangkpan beberapa anggota PDRM dan ATM yang telah disyaki terbabit dalam sindiket jenanyah penyludupan pendatang tanpa izin baru-baru ini.
Baginda turut menyokong penangkpan anggota polis, atau ATM yang terbabit dalam kes tersebut.