Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Selangor Negeri Pertama Larang Minum Arak, Hisap Rokok & Hisap Vape di Taman Rekreasi

Budaya menghisap rokok di tempat awam memang agar sukar untuk dibendung kerana jumlah perokok juga kian mengingkat saban hari. Pelbagai usaha kerajaan dan juga NGO telah diusahakan bagi mengurangkan budaya tersebut.

NEGERI PERTAMA HALANG DI TEMPAT REKREASI

Selangor kini tampil menjadi negeri yang pertama di Malaysia dengan menghalang orang ramai daripada menghisap rokok dan vape serta minum minuman keras di semua taman permainan dan rekreasi.

Pengumuman itu telah berkuatkuasa dengan serta merta bagi seluruh negeri Selangor. Seperti yang umum tahu, taman permainan dan rekreasi merupakan tempat riadah bagi keluarga dan anak kecil jadi hal ini sangat sesuai.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Ngeri, Ng Sze Han teah berkata bahawa larangan itu dibuat setelah kerejaan negeri meluluskan pindaan bagi Undang-undang Kecil Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (UKK Taman 2005).

“Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk menambah aktiviti minum arak, merokok dan juga menghisap vape ke dalam senarai kesalahan UKK Taman 2005.”
“Terdahulu, senarai kesalah UKK Taman 2005 tidak menyatakan bahawa minum arak, menghisap rokok dan vape sebagai salah satu aktiviti yang dilarang.”

Dalam temuramah yang diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, beliau telah menegaskan bahawa ketida aktiviti itu akan ditambah dan dikuatkuasakan dengan segera.

 

Tambahnya lagi, dengan larangan yang dikuatkuasakan itu, Selangor akan menjadi negeri yang pertama bagi melarang aktiviti minum arak, menghisap rokok dan vape di taman permainan dan rekreasi.

Dalam masa yang sama Ng berkata bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah melakukan pemantauan dan mana mana pihak yang melanggar peraturan itu akan didenda sebanyak RM1,000 bagi setiap kesalahan.

“Kita melarang aktiviti seperti minum arak, hisap rokok dan vape ini bagi memberi peluang kepada pengungjung taman permainan dan rekreasi terutamanya kanak kanak dan warga emas untuk mendapat perkhidmatan yang selesa untuk beriadah.”
“Orang awam yang melihat perbuatan ini juga dialu alukan bagi menyalurkan aduan mereka kepada PBT di kawasan masing masing bagi mendapatkan tindakan susulan..”
Kongsi artikel ini: