Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Penebar Roti Canai Temerloh Disangka Shah Rukh Khan, Ini Penjelasan Lelaki Tersebut

Ada yang berpendapat bahawa wajah yang dimiliki oleh kita akan miliki oleh 7 orang seluruh dunia yang sememangnya sangat iras. Sahih ataupun tidak mengenai fakta ini, tetapi tidak dinafikan bahawa kita sering kali melihat perkara ini.

Hal ini sering kali terjadi apabila orang awam yang tiba-tiba terkenal disebabkan oleh wajah yang sangat iras dengan selebriti di dalam televisyen ataupun tokoh tokoh seluruh dunia.

SHAH RUKH KHAN VERSI TEMERLOH!

Baru- baru ini tular foto seorang lelaki yang dikatakan sangat iras dengan pelakon terkenal Bollywood iaitu Shah Rukh Khan atau lebih mesra dikenali sebagai SRK. SRK merupakan pelakon pujaan rakyat Malaysia sehinggakan mendapat gelaran Datuk.

Tapi tidak dinafikan bahawa wajah lelaki berasal daripada Temerloh Pahang yang berada dalam gambar itu sememangnya sangat iras dengan SRK. Cara senyuman lelaki tersebut sama seperti senyuman yang selalu dilihat di kaca TV oleh SRK.

Lelaki yang bernama Fendi Ismail ini bekerja sebagai penebar roti canai di salah sebuah restoran di Bandar Temerloh dan juga merupakan seorang Ahli Jawatankuasa masjid Temerloh. Dia kelihatan sangat aktif dengan aktiviti masjid.

MATA BUAT RAMAI YANG KELIRU

Rentetan daripada tular mengenai dirinya, Fendi Ismail tampil memuat naik satu posting di akaun Facebook yang mengatakan orang ramai sering kali menegur bahawa matanya sama dengan SRK. Setiap kali kemana mana pasti ada yang tak jemu melihat matanya.

Dalam ruangan komen foto yang dimuatnaik tersebut, ramai warganet yang memuji lelaki Temerloh yang sememangnya kelihatan seperti kembar dengan SRK. Dalam masa yang sama ada juga netizen yang membuat mulut dengan mengatakan kesemua gambar tersebut hanyalah daripada faktor editing semata.

Mungkin memang wujud individu yang seiras dengan kita tetapi tidak lah serratus peratus sama.

Kongsi artikel ini: