Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebagai seorang selebriti yang sering kali muncul di sosial media, sudah tentu segala perbuatan akan dijadikan ikutan buat para peminat. Contohnya, fesyenvyang ditonjolkan oleh artis kebiasaannya akan menjadi trend buat masa tertentu.
Walaupun masih baru dalam dunia lakonan, nama Scha Elinnea kini semakin dikenali ramai. Pelakon jelita ini kian menjadi buah mulut netizen oleh kerana pemakaiannya yang agak terdedah di laman sosial.
Pelakon berusia 21 tahun ini kelihatan sangat selesa berkongsi foto di laman Instagram. Foto yang dimuat naik sering kali menjadi kontrovrsi, justeru itu, dia telah bertindak menutup ruangan komen di Instagram miliknya.
Tindakan itu dilakukan adalah bagi mengelak daripada berasa tertekan dengan kritikan oleh warganet. Jelas Scha Elinnea lagi, dia hanya ingin menjadi diri sendiri dan tidak bertindak hipokrit.
Tambahnya lagi, dia lebih selesa menunjukkan diri yang sebenar di laman sosial agar peminat tidak keliru apabila berjumpa dengannya diluar.
Dalam masa yang sama, dia menegaskan agar masyarakat tidak menilai dirinya hanya di laman Instagram dan melupakan bakat lakonan yang ada.
Tambahnya lagi, komen-komen tersebut tidak memberi apa pun kesan namun dia berpendapat agar masing-masing memikirkan hal sendiri dan tidak menilai dirinya dengan berlebihan.
Scha Elinnea atau nama sebenarnya Azleena Natasha Mubeen merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah dan juga merupakan bekas penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM).