Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebagai sebuah Negara majmuk yang dihuni oleh pelbagai bangsa, agama dan budaya banyak keunikan yang ada terutamanya dari segi masakan. Setiap bangsa yang berbeza mempunyai masakan yang begitu serasi dengan mereka.
Pasangan Youtuber tempatan yang dikenali sebagai Sugu Pavithra ini sangat digemari ramai dengan fasih berbahasa melayu walaupun merupakan kaum India. Bakat memasak yang ada dikongsikan melalui saluran Youtube milik mereka berdua sangat digemari ramai.
Tidak hairan lah pasangan ini dapat meraih ramai subcribers dan juga tontonan yang menyangkau angka yang sangat banyak.
Bukan sahaja itu, peminat juga suka akan resepi yang dikongsi kerana Sugu Pavithra menggunakan bahan yang simple dan juga senang dimasak. Ramai yang mencuba resepi tersebut mengakui bahawa ada kelainan rasa.
Kebanyakkan masakan yang dikongsikan adalah masakan daripada kaum India yang sememangnya diminati ramai contohnya kari dan juga kueh mueh seperti vadai.
Pasangan yang sangat merendah diri ini memasak dengan cara yang tersendiri dan tidak kekok berkongsikan tips memasak dan juga resepi mereka. Terbaru, seorang ahli kimia telah merungkai rahsia memasak oleh pasangan ini.
Ahli kimia yang dikenali sebagai Dr Che Puteh ini telah menulis di akaun Twitternya mengenai rahsia itu setelah mencuba resepi pasangan Sugu Pavithra ini. Ternyata masakan yang dimasak itu sangat sedap apabila menggunakan cara dan resepi mereka.
Setelah beberapa kali melihat video masakan pasangan ini, Ahli Kimia ini tambil memberitahu bahawa penggunaan tomato di awal masakan itu memberi rasa glutamat yang asli.
Menurutnya, bahan memasak adalah sama tetapi cara dimasak berlainan itu memberi rasa yang lebih sedap. Selain tomato, ayam, daging dan produk tenusu merupakan salah satu glutamate asli. Ayam dimasak tanpa menggunakan air dan menyebabkan ianya lembut.
Ternyata, keikhlasan pasangan Youtuber ini memasak dan tak lokek ilmu dapat meraih minat orang ramai untuk menonton video masakan mereka. Diharapkan pasangan ini terus membuat video yang berkualiti bagi diikuti oleh masyarakat.