Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Baru Je Merasa Gaji Youtube, Terbaru Sugu Pavithra Terima Silver Play Button

Nama pasangan Sugu Pavithra tidak asing laagi bagi warganet dengan bakat memasak yang ditampilkan didalam post yang dimuat naik melalui akaun Youtube milik mereka. Yang menjadi menarik adalah mereka sangat fasih berbahasa melayu.

MENERIMA BAYARAN DARIPADA GOOGLE, DAN SILVER PLAY BUTTON

Berikutan dengan tontotan yang melebihi syarat angka yang telah ditetapkan oleh Youtube, pasangan ini telah mendapat bayaran daripada penghasilan video yang dibayar oleh Google.

Melalui satu video yang dimuat naik oleh pasangan Youtuber ini, mereka telah memaklumkan juga bahawa mereka telah menerima satu penghargaan “Silver Play Button” daripada Youtube.

Pencapaian yang dikongsi oleh Sugu Pavithra ini telah menjadi buah mulut warganet dan sangat berbangga dengan penganugerahan yang diterima ini. Ini bermakna usaha memuat naik video sejak Januari tahun ini telah membuahkan hasil buat mereka.

BERKONGSI PENCAPAIAN DENGAN PEMINAT

Video yang berdurasi 11 minit 31 saat yang dimuat naik oleh mereka telah mendapat jumlah tontonan sebanyak hampir 210K penonton setelah beberapa hari dmuat naik. Video itu mengisahkan pasangan Youtuber yang gembira membuka bungkusan yang diterima daripada pihak Youtube.

Bungkusan itu merupaka plaque “Silver Play Button” yang diterima dan disebabkan itu mereka telah meraikan dengan mengadakan majlis kecil kecilan bagi berkongsi kegembiraan daripada kejayaan itu bersama anak anak dan keluarga yang terdekat.

Dalam majlis itu, kelihatan juga Sugu Pavithra telah menyediakan sebiji kek dan juga beberapa hidangan daripada KFC bagi meraikan momen indah tersebut bersama yang tersayang.

Di dalam bungkusan tersebut juga diselitkan dengan satu sijil penghargaan yang lengkap dengan nama Sugu Pavithra. Ternyata bakat yang dicurahkan itu telah mendapat hasil.

Dalam video tersebut juga mereka telah mengambil kesempatan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua subscriber yang telah memberi sokongan sepanjang penghasilan video yang dimuat naik itu.

Sugu Pavithra tidak pernah melupakan jasa Kakak Seri dan sering kali mengucapkan terima kasih di atas dorongan dan tunjuk ajar bagi memuat naik video di Youtube.

Kongsi artikel ini: