Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

86 Tahun Dijadikan Muzium, Penduduk Turki Sebak Dengar Laungan Azan Di Hagia Sophia

Hagia Sophia merupakan salah satu tempat pelancongan di Negara Turki dan sesiapa pun tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati keindahan bangunan lama tersebut.

Setelah 86 tahun, bangunan ikonik itu akhirnya kedengaran laungan azan.
Presiden Turki iaitu Recep Tayyib Erdogan telah mengetepikan semua amaran antarabangsa setelah membuat keputusan untuk menutar status bangunan tersebut kepada yang asalnya, iaitu sebuah masjid.

Akhirnya keputusan mahkamah yang telah memutuskan Hagia Sophia sebagai masjid telah mendapat sokongan rakyat Turki terutamanya orang Islam. Mereka sangat bersyukur dengan keputusan yang ditunggu sejak 86 tahun lalu menjadi kenyataan.

MERIAH DENGAN ORANG RAMAI YG MULA SOLAT DI LUAR MASJID

Pada Jumaat 24 Julai nanti telah diumumkan sebagai solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, namun begitu ia tidak menghalang orang ramai yang beragama islam untuk solat si sekitar masjid bagi menghidupkan lagi suasana disana.

Mereka kelihatan tidak sabar dengan keputusan yang diumum itu dan membuat keputusan untuk beramai ramai solat dan berdoa di perkarangan masjid tersebut.

SYUKUR DAN SEBAK DENGAN LAUNGAN AZAN PERTAMA

Banyak video video laungan azan pertama di Hagia Sophia telah tular di seluruh media sosial dan membuatkan ramai umat Islam seluruh dunia tumpang gembira dengan penukaran status Hagia Sophia yang dahulunya muzium kembali menjadi sebuah tempat orang islam beribadat.

Melalui video yang dimuat naik, orang ramai telah pun berhimpun di luar masjid dengan raminya bagi mendengar laungan azan yang pertama setelah senyap selama 86 tahun.

Dalam masa sama, mereka telah mengucapkan syukur dan berasa sebak dengan status terbaru ini.

Kesemua mereka kelihatan sangat gembira dengan laungan azan pertama itu dan seterusnya mereka mula senyap dan bertakafur bagi menghormati azan.

Keputusan cabinet pada tahun 1934 telah terbatal dan keputusan bagi mengembalikan Hagia Sophia kepada masjid telah pun berjaya ditukar.

Kongsi artikel ini: