Kerjasama yang telah diberikan oleh rakyat kepada usaha kerajaan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di Negara kita boleh dikatakan berjaya apabila pengurangan kes positif covid semakin hari semakin menurun dan adakalanya mencapai angka 0.
Pemimpin dan rakyat sentiasa berganding bahu memutusakan rantain wabak yang merbahaya ini sering kali mendapat perhatian dunia dan pujian daripada pelbagai Negara. Datuk Dr Noor Hisham sebagai Ketua Pegarah Kesihatan telah menjalankan tugas dengan sebaiknya bersama pasukan yang lain.
PENGHARGAAN KEPADA MALAYSIA, SEBAGAI NEGARA CONTOH
Terbaru, sebuah posting yang dimuat naik di laman sosial Facebook oleh seorang pakar bedah endokrin Australia/New Zealand iaitu Dr Julie Miller telah menulis bagi menzahirkan penghargaan buat Malaysia terutamanya Dr Noor Hisham dalam menangani wabak ini.
Kisah dua Negara : Malaysia merupakan satu contoh Negara dimana pemimpin mendengar pandangan ahli sains dan rakyat yang memberi kerjasama mematuhi kepimpinan kerajaan.
Rakan sejawat saya, Dr Hisham Abdullah selaku pakar bedah endokrin adalah Ketua Pengarah Kesihatan di Malaysia telah menjadi ketua bagi mengawal pandemic tersebut.
KEPUTUSAN BERDASARKAN FAKTA
Dia telah membuat keputusan yang sukar pada awalnya malah sebelum Malaysia merekodkan kes pertama lagi. Pengawalan ketat sempadan, saringan, mengesan kontak rapat dan isolasi, sampaikan mesej dengan jelas dan konsisitensi, sidang media pada setiap hari, dan juga bukti serta keputusan berdasarkan fakta membantu mereka berjaya.
Dia telah bekerja siang dan malam sejak Januari bersama pegawai yang terpilih untuk mendengar dan melaksanakan nasihatnya. Orang ramai juga telah mematuhi jarak sosial, mencucui tangan dan juga memakai topeng muka.
HERO SAINS, BUKAN POLITIK SEMATA
Hasilnya Malaysia sebagai salah sebuah Negara Asia berbilang bangsa dan populasi yang padat telah melakukan dengan baik dan Dr Hisham telah diangkat sebagai hero Negara. Sains, bukan politik.
SEDIH DENGAN NEGARA SENDIRI
Dan sementara itu, Dr Fauci sebagai Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Naional telah menerima ancamn bunh, dan lihatlah AS sekarang. Saya berbangga dengan kebijaksanaan Dr hisham serta pasukannya, dan saya sangat sedih dengan Negara sendiri.