Sudah menjadi asam garam apabila seorang selebriti mestilah tampil memberi penjelasan mengenai kehidupan peribadinya termasuklah hubungan dengan kekasih. Para peminat dan juga warganet akan bersedia untuk memberi komen tersendiri.

Terdahulu, ada desas desus mengenai hubungan pelakon jelita, Eyka Farhana dan juga pemain bola sepak JDT, Akhyar Rashid akhirnya terjawab apabila Eyka bertindak seakan mengesahkan hubungan cinta mereka.

MUAT NAIK GAMBAR MESRA BERSAMA

Hal itu adalah disebabkan pelakon jelita tersebut telah bertindak memuat naik sekeping foto di laman Instagram milik peribadinya. Foto itu mengisahkan dia dan seorang lelaki yang dipercayai Akhyar yang memakai pakaian sedondon dari belakang.

Foto tersebut telah pun mendapat komen yang nakal daripada warganet contohnya mereka cuba mengusik dan ingin tahu tentang hubungan sebenar pasangan itu.

Terbaru, Eyka Farhana tambil lebih berani dengan membuat ulasan mengenai hubungannya itu di dalam rancangan Melodi dan juga satu video pendek yang telah dimuat naik di laman Instagramnya. Dalam masa sama, Eyka menjelaskan bahawa dia tidak mampu untuk memuaskan hati setiap orang.

MENYANGKAL DAKWAAN ISU BERKAITAN DUIT

Dalam temuramah itu juga Eyka menyangkal dakwaan isu mengenai duit yang dikaitkan dengan pemain bola JDT itu. Menurut Eyka dia juga mempunyai kerjaya sendiri dan masih bekerja bagi menyara kehidupannya.

Tambah Eyka lagi dia masih lagi baru untuk mengesahkan apa apa hubungan yang mesra antara mereka dan dia mengakui sedang mengenali hati budi masing masing. Jelasnya, hubungan mereka berdua adalah perkenalan diantar kawan.

Eyka juga mengambil kesempatan bagi mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang sering kali mendoakan terbaik untuk dirinya. Dia hanya mengambil komen komen yang positif dan mengabaikan semua yang melemparkan kata kata negative.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here