Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bantuan Rakyat Diluluskan Sebelum Parlimen, Kerajaan PN Dipuji Prihatin Dgn Kesusahan Rakyat

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia telah menyebabkan beberapa urusan penting Negara terpaksa ditangguhkan demi memberi peluang dan keutamaan bagi membanteras wabak ini.

Setelah beberapa bulan tertangguh, hari ini telah dijalankan satu Persidangan Dewan Rakyat yang ditunggu tunggu oleh semua. Persidangan ini merupakan yang pertama bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seperti yang umum tahu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang kelapan sejak pada 29 Februari yang lalu diatas perkenan Yang Dipertua Agong.

KERAJAAN PRIHATIN, UTAMAKAN RAKYAT

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihak kerajaaN PN tidak dapat membentangkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Parlimen ekoran situasi terdesak akibat daripada penularan COVID-19.

Dalam masa yang sama, beliau telah menegaskan bahawa pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan nasib dan hak rakyat dilindungi. Disebabkan hal ini, tindakan segera terus diambil supaya bukan sahaja rakyat malah sektor yang lain juga terbela nasib.

“Kerajaan taka da pilihan.. Malah saya berpendapat bahawa tindakan segera mesti diambil sebelum Parlimen mula bersidang..”
RAKYAT MENYOKONG KEPUTUSAN KERAJAAN

Menerusi posting di Facebook telah mendapat pelbagai komen daripada rakyat jelata yang rata rata sangat menyokong dengan plan tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh penularan wabak Covid.

Dalam masa yang sama juga kelihatan ramai yang mengucapkan ribuan terima kasih kerana kerajaan sangat prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat lagi lagi bila tidak dapat menjalankan aktiviti mencari nafkah seperti sedia kala.

Banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak pada 18 Mac yang lalu. Bantuan yang disalurkan itu adalah kepada semua lapisan masyarakat dan juga sektor sektor ekonomi yang lain.

Kongsi artikel ini: