Sudah tentu sebuah perkahwinan yang menyatukan dua hati itu dibina untuk kekal lama hingga ke akhir hayat namun siapakah kita yang ingin mempersoalkan soal jodoh pertemuan kerana itu semua ialah rahsia Allah.

Bahtera perkahwinan itu semestinya penuh dengan suka duka namun setiap pasangan haruslah tidak cepat mengalah dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Setiap orang haruslah ingat bahawa tiada yang sempurna, dan mestilah menerima baik buruk pasangan seadanya.

TAMPIL DENGAN LUAHAN HATI DAN WARNING

Baru baru ini selebriti terkenal, Sharifah Sakinah telah tampil mengumumkan bahawa perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta sudah pun berakhir sejak Mei lalu. Pengumuman perpisahan itu telah menjadi buah mulut warganet yang rata rata memberikan komen yang kurang enak.

Sharifah Sakinah yang berdiam diri sejak pada itu kini tampil dengan sekeping gambar di Instagram dengan kapsyen seakan meluahkan isi hatinya. Sakinah bersuara setelah menerima komen tidak sepatutnya daripada warganet.

Melalui posting yang dimuat naik itu, Sakinah juga mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tidak putus memberikan kata kata semangat dan juga semangat buat dirinya di saat yang sukar ini.

Dalam masa yang sama, Sakinah juga telah mengambil peluang bagi berpesan kepada individu yang mengeji dirinya supaya sentiasa berwaspada kerana setiap orang mempunyai keluarga masing masing yang perlu dijaga.

INGATLAH MASING MASING ADA KELUARGA
“Saya mungkin berdiam diri tak jawab semua kiriman mesej.. Terima Kasih kepada yang memberikan semangat dan kepada yang mengeji tu ingatlah korang pun ada keluarga..”

Tambah Sakinah lagi, dia tidak sesekali akan menjadikan kisah hidupnya ini sebagai satu drama bualan mulut orang kerana dia lebih selesa untuk teruskan hidup dan fokus kepada kerjayanya sekarang.

Sakinah juga sekerasnya berpesan kepada sesiapa yang tidak menyukai cara dia berpakaian dan membawa diri boleh sedia untuk tidak mengikutinya di laman sosial.

Terdahulu, Sakinah dan Aliff Adha telah melangsungkan perkahwinan pada Mac 2018 dan telah dikurniakan seorang puteri hasil daripada perkahwinan mereka.mereka telah bersatu hati sebulat suara untuk berpisah Mei tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here