Dalam rumahtangga, impian terbesar bagi pasangan suami isteri adalah untuk memiliki cahaya mata hasil perkahwinan sebagai menambah kebahagiaan masjid yang telah dibina. Begitu juga dengan selebriti tanah air, Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Baru baru ini Bella Astillah membuat kejutan untuk para peminatnya dengan mengumumkan dia sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan dengan suami. Dalam masa yang sama dia telah memberitahu bahawa dia dan Aliff sudahpun rujuk kembali ketika dalam tempoh edah sekitar bulan Julai tahun lalu.

CAHAYA MATA YANG KEDUA BAKAL LAHIR

Kini, pelakon dan penyanyi kecil molek ini sedang menghitung hari bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua yang dijangka akan dilahirkan pada 17 Julai 2020. Cahay mata yang dikandungkan itu difahamkan ialah bayi perempuan.

BERSALIN SENDIRIAN TANPA SUAMI DISISI

Umum mengetahui yang Aliff Aziz menetap di Singapura buat sekian lalu sejak berita perihal rumahtangganya itu menjadi kontroversi. Kini, Bella memberitahu bahawa dia terpaksa redha apabila dia terpaksa untuk memasuki dewan bedah untuk proses melahirkan berseorangan tanpa ditemani suami tersayang disisi, Aliff Aziz.

Hal ini adalah disebabkan kekangan sempadan Negara yang ditutup bagi untuk mengelakkan daripada penyebaran wabak Covid. Dalam masa yang sama, dia berharap agar proses melahirkan anak kedua mereka ini dipermudahan dan berjalan dengan lancer.

ALIFF JADI BAPA DAN SUAMI BERTANGGUNGJAWAB

Menurut Bella, cabaran daripada perintah kawalan pergerakan dan penutupan sempadan Negara membuatkan dia dan Aliff tidak dapat bertemu sudah beberapa bulan. Namun begitu, Aliff tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan juga ayah kepada cahaya mata pertama mereka, Ayden Adrean.

“Aliff tak pernah gagal menghubungi setiap hari untuk bertanyakan khabar saya dan anak kami Ayden yang kini berusia 3 tahun..”

Tambah Bella lagi, dia tidak terus melayan perasaan bersedih kerana terpaksa melalui waktu hamil 9 bulan tanpa suami tersayang disisi. Dia tetap rasa dekat kerana mereka berdua setiap hari mencari jalan untuk berhubung dan menceritakan momen momen hari tersebut.

Perkahwinan Bella dan Aliff terdahulu pernah berada dikemuncak pada Mei tahun lalu dan kini kembali bersama dan hanya menanti ketibaan cahaya mata yang kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here