Siapa yang tak kenal dengan pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham dan isteri, Victoria Beckham. Pasangan ideal ini sering kali menjadi perhatian dunia dan sering kali berkongsi momen di laman sosial.

Pasangan sama cantik sama padan ini memiliki empat orang cahaya mata. Yang sering menjadi tumpuan ramai adalah anak sulong mereka iaitu Brooklyn Beckham. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 anak lelaki dan seorang puteri yang sangat comel.

BROOKLYN BERTUNANG DENGAN NICOLA

Dalam tak sedar, usia. Brooklyn telah menjengah usia 21 tahun pada tahun ini dan bersedia untuk hidup sebagai dewasa. Dalam perkembangan terbaru, anak sulong Beckham ini telah pun melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya, Nicola Peltz.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Brooklyn menerusi laman Instagramnya semalam. Jelas Brooklyn dia melamar Nicola pada dua minggu lepas. Dan dalam masa sama, ayahnya David Beckham juga gembira kongsikan momen manis itu dengan peminat di Instagram miliknya dan kelihatan merestui hubungan anaknya itu.

LELAKI PALING BERTUAH BERJAYA MILIKI NICOLA

Pertunangan ini berlaku secara spontan antara dua hati ang saling menyintai ini.Setelah ditanya adakah sudi untuk berkahwin, Nicola membalas dengan jawapan ya. Tambah Brooklyn, dia adalah lelaki bertuah kerana berjaya memiliki Nicola.

Sebagai rekod, pasangan ini mula mendedahkan hubungan sejak Januari yang lalu lagi. Kedua-dua mereka kelihatan sangat selesa berkongsikan kehidupan bersama di media sosial. Sebelum itu, kedua mereka gagal dengan pasangan masing-masing.

NICOLA PUTUS DENGAN ADIK GIGI HADID

Sebagai rekod, Nicola pernah bercinta dengan Anwar Hadid, merupakan adik model terkenal Gigi Hadid suatu masa dahulu. Punca hubungan mereka terlerai di tengah jalan masih menjadi tanda tanya ramai para peminat mereka.

Semoga hubungan Brooklyn dan Nicola yang merupakan model terkenal berkekalan sehingga ke jinjang pelamindan kekal bahagia seperti sedang dilamun cinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here