Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Negara kita terkenal dengan masyarakat berbilang kaum dan budaya namun ia bukan lah bermaksud memberi kebebasan untuk rakyatnya melakukan apa sahaja tanpa mengabaikan tanggungjawab tuntutan Islam selaku agama rasmi Malaysia.
Akhir-akhir ini nama Sajat semakin menjadi bualan disebabkan faktor pemakaian yang ditonjolkan di media sosial. Belum lagi redha isu jantinanya yang seolah-olah tiada kesudahan, Sajat tampil berani memakai bikini sahaja di Instagram.
Sekali gus ramai ilmuan agama kurang senang dengan keadaan tersebut yang mana Sajat langsung tidak berubah biar pun berulang kali ditegur.
Tidak ketinggalan dalam hal ini, pendakwah terkenal Ustaz Abu Syafiq tampil memberitahu yang dia menerima banyak panggilan dari umum semata-mata untuk menegur Sajat agar berubah.
Berbeza pandangan dengan ilmuan yang lain, Abu Syafiq tidak bersetuju untuk terus menghentam usahawan kosmetik tersebut. Menurutnya lebih baik kita mendoakan dia agar berubah dan mendapat hidayah kelak berbanding mengutuk atau merendah-rendahkannya.
Tambahnya lagi, Sajat juga manusia biasa seperti kita malah tidak dapat lari dari melakukan dosa. Daripada terus menunding jari kepada Sajat, sebaiknya kita sedar dengan kesalahan diri sendiri dahulu.
Perkara tersebut ada diluahkan Abu Syafiq menerusi laman Instagramnya pada beberapa jam yang lalu. Melihat kepada komen ramai, ada yang memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsiannya.
Mereka bersetuju untuk mendoakan dan mengakui kesalahan diri sendiri berbanding menunding jari kepada Sajat. Dalam soal agama, para agamawan tidak boleh duduk diam dan hanya berdoa.
Tambah warganet, mereka perlu persiapkan perisai dan berdakwah dengan menegur serta mengambil tindakan. Jika dibiarkan perkara sedemikian, maka makin berleluasa lah kemungkaran dalam sesebuah Negara.