Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Khalid Jamlus kembali hangat di media sosial. Selain dari kisah hidupnya yang semakin merundum, netizen menyifatkan pemain tersebut sebagai “berlagak” gara-gara jawapan sarkastik ketika ditemu bual wartawan.
Menerima pelbagai tomahan daripada peminat akhirnya pemain berkenaan membuat kenyataan permohonan maaf di laman Facebook miliknya pada beberapa jam yang lalu.
Kisahnya bermula apabila dia menjawab soalan wartawan dengan membandingkan pekerjaan seorang tukang kebun. Menyedari kenyataannya telah mengguris hati ramai pihak, dia tampil menjelaskan maksud sebenar.
Kehidupannya terkini menjadi tanda tanya ramai. Justeru dia menceritakan kembali tempoh sukar yang dihadapinya sehingga pernah menjadi seorang runner. Tiada niat untuk dia merendahkan mana-mana pihak, bahkan tidak pernah sama sekali untuk memilih dalam usaha mencari rezeki demi keluarganya.
Jelas Khalid lagi, dia tiada masalah dan menerima dengan hati terbuka seandainya ditakdirkan bekerja sebagai pengawal keselamatan atau tukang kebun sekali pun.
Dalam pada itu, ramai peminat mula mempersoalkan kerjayanya selepas menjadi jurulatih bagi pasukan PDRM yang mana pengalaman dan bakat yang dimiliki tidak harus diketepikan oleh mana-mana pihak.
Semoga dengan penjelasan dari bekas pemenang kasut emas 2002 tersebut dapat meredakan keadaan yang sedang hangat.