Cinta antara pelakon cantik Nonny Nadirah dan Nizam Zaidi bukan lagi rahsia. Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya kedua mereka mengakui ada yang istimewa sejak mereka mulai rapat.
PERNAH ADA RM10 DALAM POKET
Terbaru, Nonny ada mendedahkan yang dia dan kekasih hati pernah melalui pelbagai liku hidup sepanjang proses perkenalan. Pelbagai jatuh bangun diharungi bersama sehingga dalam poket hanya tinggal RM 10, namun pelakon berkenaan tetap tidak berputus asa.
Tidak memandang duit semata-mata, Nonny rajin bersedekah dan membantu orang lain biar pun diri sendiri tak cukup duit. Jelasnya itu lah kunci kejayaan sebagai manusia sebenar.
PEMINAT TAK SELESA NONNY MEMBONCENG MOTOSIKAL DENGAN NIZAM
Perkongsian artis tersebut di laman Instagramnya curi tumpuan ramai yang mana sedang membonceng motosikal bersama Nizam.
Sekali gus ianya menjadi bualan ramai berikutan ramai yang tidak selesa kelakuan mereka seolah-olah tidak menjaga batas antara satu sama lain. Tambahan pula Nonny berpenampilan muslimah sejak akhir-akhir ini.
Menurut peminat, seharusnya Nonny lebih peka menjaga batas pergaulan terutama dengan lelaki bukan muhrim. Kekasih bukan lah tiket untuk mereka bebas melakukan apa sahaja.
“Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah, alhamdulillah now dah ada transport balik. Thank you buat sahabat2 semua yg byk membantu kami.Walau ada RM10 dlm poket jgn pernah give up sbb rezeki Allah yg bagi.”
“INGAT TU!! JANGAN PERNAH GIVE UP!!Teruskan dgn rajin bersedekah, utamakan keluarga, bantu sesama kita dan tengok MAGIC yg akan berlaku dlm kehidupan korang.”
“Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka.SesungguhNya Allah tau kamu mampu,Redha dan sentiasa berserah kpd Allah swt.Biar orang buat kita jgn kita buat orang. Allah tarik si biru, si putih dtg menjelma.”
“Bukan si putih saja malah ada yg offer utk transport ke dua.Tapi kami dah cukup happy dgn siputih,jgn tamak, bersyukur dgn apa yg ada.Jangan cari Dia di masa susah sahaja,Dikala gembira tetaplah beringat,Dia lah pemberi segala nikmat didunia.”
“Bila kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu,Allah maha baik. Thru ups and down,Thank you so much tiger @niezamzaidi.” Kongsi panjang Nonny.
Walau bagaimanapun Nonny terus tampil memohon maaf kepada peminat yang tersinggung dengan perkongsian yang dimuat naik. Apa pun kita doakan sahaja yang terbaik buat pasangan ini agar berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.