Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Shuib Pernah Nak Berhenti Kerja Biar Gajinya Banyak! Siti Sarah Dedah Rahsia Kejayaan Suami

Setiap dari kita mengimpikan kebahagiaan dalam rumah tangga dan berjaya dalam kehidupan. Angan-angan sahaja tidak memberikan apa-apa erti jika kita tidak berusaha mendapatkannya.

Yang menjadi masalah ramai adalah sudah berusaha tetapi masih jua gagal. Harus diingat, setiap perjalanan manusia tidak sama. Masing-masing mempunyai liku tersendiri. Yang penting jangan cepat mengalah dan hasil akan tiba pada waktunya.

ISTERI SENTIASA BERI SEMANGAT, SOKONG APA YANG SHUIB LAKUKAN

Berkongsi kisah kejayaan dalam kehidupan, pelawak dan juga penyampai radio yang semakin meningkat naik, iaitu Shuib Sepahtu menyifatkan kejayaan yang dikecapi hari ini bukan lah hadir dari dirinya seorang.

Mengusahakan suatu perniagaan bukan perkara mudah. Orang hanya melihat diri di peringkat kejayaan sahaja tetapi tidak ketika berada di bawah. Menurut Shuib dia sentiasa menghargai individu yang sentiasa memberikan diri kekuatan untuk mengembangkan perniagaan.

Orang yang sentiasa berada di belakang, yang sentiasa menyokong Shuib tidak lain dan tidak bukan ialah isterinya, Siti Sarah. Tambah Shuib lagi, ramai yang menganggap dia pandai berniaga namun hakikatnya dia pernah melalui pelbagai jatuh bangun.

ANAK JUGA PEMBAWA REZEKI

Bukan sekali tetapi beratus kali dia jatuh. Namun itu tidak menghalang untuk pelawak ini terus bangkit kembali. Yang penting semangat juang dan tidak putus. Isteri tercinta lah yang sentiasa mendukung dan berada di belakang saat jatuh bangunnya dulu.

Siti Sarah sentiasa mempercayai apa yang dilakukan oleh Shuib, malah tidak jemu memberikan kata-kata semangat. Shuib tidak menafikan bahawa anak-anak antara pembawa rezeki dalam keluarganya.

Mungkin bunyinya agak “cliche” tetapi itu lah hakikat yang mendorong Shuib saban hari sehingga bergelar insan hebat seperti hari ini.

SHUIB PERNAH NAK BERHENTI KERJA

Mengimbau kisah Shuib, Siti Sarah mendedahkan yang suaminya dahulu pernah terlintas untuk berhenti kerja biar pun pada ketika itu “demand” dan gaji yang diperoleh sangat tinggi.

Biar pun bunyinya sedikit berisiko namun Sarah kuatkan semangat dan sokong sahaja apa perancangan suami. Mengikut Shuib kalau dia berhenti kerja sekali pun, tidak mungkin dia sanggup ambil risiko pendapatan yang dimiliki pada ketika itu. Kalau boleh mahu hasilkan lebih dari yang ada.

Kesimpulannya, kejayaan seorang suami datangnya dari redha sang isteri. Jadi sama-sama lah memberi peluang, saling menyokong pasangan biar pun ianya bukan lah satu keputusan yang mudah untuk dibuat.

Kongsi artikel ini: