Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gara-Gara “Satu Gelaran” Dilemparkan Kpd Al-Jazeera, Hos TV Bernama Berdepan Dgn Tindakan

Stesen berita televisyen antarabangsa, iaitu Al-Jazeera menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Hal ini timbul apabila stesen TV berkenaan mula mendakwa kerajaan Malaysia gagal menguruskan pendatang asing dengan baik sewaktu PKP.

Segala maklumat yang disampaikan juga seolah-olah tidak berlandaskan pada fakta yang benar dan sengaja ditokok tambah semata-mata ingin menampakkan keburukan nama Malaysia di mata dunia.

KERANA SATU PERKATAAN, HOS BERNAMA BAKAL TERIMA TINDAKAN

Malang tidak berbau, itu lah yang dapat disimpulkan apabila tindakan seorang pengacara program bicara Bernama TV yang menggelar Al-Jazeera dengan panggilan “Al-Jahiliah” terpaksa berdepan dengan tindakan.

Perkataan tersebut menjadi perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah menerusi satu hantarannya di Twitter dan menyatakan bahawa kita tidak boleh menggelarnya dengan panggilan tersebut biar pun tidak bersetuju dengan dokumentasi yang dipentaskan.

“Kita tak setuju dgn satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dgn panggilan itu. Sy dimaklumkan oleh Pengerusi Bernama yg tindakan telah diambil.” Jelas Saifuddin Abdullah menerusi hantaran di Twitter.
Sumber Twitter

Hos rancangan berkenaan dikenali sebagai Herleena Pahlavy telah menggelarkan Al-Jazeera dengan panggilan tersebut ketika mengacara program Malaysia Petang Ini yang telah disiarkan pada beberapa hari lalu.

“Saya rasakan Al-Jazeera atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al-Jahiliah ini tidak mempunyai asas atau pun mungkin etikanya kurang.”
“Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontrversi dan kritikan yang melanda dirinya.” Memetik semula kenyataan Herleena.
TERKILAN DENGAN TINDAKAN YANG BAKAL DIKENAKAN

Melihat kepada status yang dimuat naik Herleena di media sosial, dia turut terkilan dengan ucapan yang dituturkan terdahulu sewaktu mengacara program berkenaan. Namun sehingga kini masih belum dijelaskan tindakan atau hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya.

“Saya buat menteri kesal.” Tulis Herleena.
Sumber Facebook Herleena Pahlavy
RAMAI YANG MENYOKONG HERLEENA

Sudah pasti perkara ini menjadi perhatian dan mengelirukan masyarakat. Orang lain yang buat salah, orang lain pula terkena tempiasnya. Rata-rata warganet menyokong apa yang dilakukan Herleena yang menunjukkan sikap tegas terhadap sikap Al-Jazeera.

Orang dah buat ftnah, tak kan nak panggil sayang-netizen
Dimana semangat patriotik-netizen

Mungkin dengan keadaan ini memperingatkan kita agar lebih berhati-hati ketika menyuarakan pendapat kelak.

Kongsi artikel ini: