Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan Yang Terbaik! Sharifah Sakinah Dedah Punca Rumah Tangganya Runtuh Selepas 5 Tahun

Kadang kala berat penulis ingin mengulas soal rumah tangga. Tiada siapa yang ingin berkahwin dan berakhir dengan perpisahan. Sudah pasti perkara sedemikian paling digeruni setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Golongan wanita sering kali dilihat sebagai mangsa keadaan. Disebabkan itu lah golongan ini sering dinasihati agar lebih berhati-hati dalam menjaga pakai minum si suami. Maklum lah segala keputusan terletak di tangan mereka.

Nama Sharifah Sakinah akhir-akhir ini menjadi bualan ramai warganet berikutan penampilannya yang dilihat semakin berani di laman Instagram. Justeru ada pihak yang mempertikaikan tanggungjawab suami yang tidak kisah pelakon berkenaan membuka aurat.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin Ditegur Peminat, Makin Berani Dia Menonjol! Sharifah Sakinah “Buat Hal” Lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tegur Gambar Belanja Dada Di IG, Respon Sakinah Pula Seakan Tambah Bara Api
BERAKHIRNYA RUMAH TANGGA SHARIFAH SAKINAH

Hari ini sekali lagi nama Sharifah Sakinah atau lebih selesa disapa Sakinah, mengesahkan bahawa rumah tangga bersama suami, Aliff Adha menemui titik nokhtah sejak Mei yang lalu.

Difahamkan Sakinah dan Aliff telah berpisah tempat tidur mereka dan tidak lagi tinggal sebumbung awal Mac yang lalu. Jelas Sakinah, keputusan untuk membawa haluan masing-masing ini dibuat secara baik.

Ianya hasil perbincangan setelah mengambil kira keperluan dan kesan terhadap anak mereka juga kelak, iaitu Anais Adha. Punca keretakan rumah tangga kedua mereka menjadi tanda tanya ramai.

TIADA KENA MENGENA DENGAN ORANG KETIGA, BUKAN ISTERI YANG BAIK

Tambah Sakinah lagi, perpisahan yang terjadi tiada kena mengena dengan pihak ketiga. Apa yang Sakinah mampu ucapkan, dia akui tidak mampu menjadi isteri yang baik dan memiliki banyak kelemahan diri.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi “dating”, itu adalah haknya. Suka hati dia lah nak buat apa. Saya tak masuk campur.”
“Selebihnya biar lah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itu sebaik-baiknya.” Ulas Sakinah kepada Berita Harian.

Konklusinya, sama-sama kita doakan agar Sakinah dan Aliff Adha tabah mengharungi ujian ini. Semoga kehidupan mereka bertambah baik dan lebih bahagia kelak.

Kongsi artikel ini: