Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama usahawan terkenal iaitu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kembali menjadi bualan peminat. Dia yang tak pernah sunyi dari kisah-kisah kontrversi kini tampil memuat naik gambar panas sekali gus menjadi bualan ramai.
Biar pun terdahulu figura ini pernah menjadi perhatian gara-gara berpakaian wanita di Tanah Suci, seolah-olah perkara tersebut langsung tidak menjadi titik tolak untuk mengubah penampilannya.
Mengesali tindakan Sajat, pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin menyeru agar masyarakat bersatu hati untuk memboikot usahawan terbabit. Perkara tersebut dinyatakan sendiri menerusi perkongsiannya di laman Instagram beberapa jam yang lalu.
Ini adalah bukan kali pertama PU Amin berbuat demikian. Jelas pendakwah tersebut, pendiriannya masih sama untuk mengelak dan tidak mahu kemungkaran bermaharajalela di khalayak umum.
Biar pun usahanya baik, PU Amin mengakui pernah menerima ugutan di atas tindakan menegur secara terang-terangan. Namun, hal tersebut langsung tidak melemahkan semangat untuk dia tampil bersuara menegakkan yang hak.
Sajat seolah-olah tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Rentetan demi rentetan yang dia lakukan namun masih ramai yang menyokong dan memuji tindakannya biar pun secara jelas bertentangan dengan fitrah asal.
Melihat reaksi orang ramai, rata-rata turut meluahkan rasa kesal hal yang dilakukan oleh usahawan tersebut. Malah mereka menyokong seruan yang dibangkitkan oleh PU Amin agar dapat memberi sedikit pengajaran dan kesedaran kepada Sajat dari dia terus alpa.
Sebagai keseluruhannya, seseorang wanita itu tidak akan mengaibkan diri sendiri di khalayak umum dengan keadaan sengaja. Sama-sama kita doakan agar Sajat kembali ke pangkal jalan.