Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Aurat seorang wanita bukan sahaja terletak pada kain yang dipakai. Malah ianya merangkumi kepada zahirnya terlihat bentuk badan kepada khalayak umum. Jadi tidak hairan lah kaum wanita dituntut agar berhati-hati dalam memilih untuk berpakaian.
Tanggungjawab seorang selebriti sangat besar di mata peminat. Mereka bukan sahaja perlu berlandaskan bakat dan kerjaya sebagai artis semata-mata. Malah penampilan yang ditunjukkan perlu lah baik dan penuh sopan santun.
Bergelar artis bukan satu tiket untuk seseorang itu berpenampilan terbuka. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Sharifah Sakinah. Bulan lalu namanya hangat menjadi bualan gara-gara perkongsian gambarnya yang terdedah sana sini telah menimbulkan rasa kurang selesa ramai.
Walau bagaimanapun kisah lalunya seolah-olah tidak memberi kesan kepada pelakon berusia 31 tahun ini. Dia sekali lagi dilihat memuat naik gambar berkemban yang hanya mengenakan kain batik sahaja.
Difahamkan ianya bertujuan untuk mempromosikan suatu projek terbaru lakonannya, yang kembali aktif selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sudah pasti gambar tersebut menerima pelbagai reaksi warganet yang mana rata-rata membidas gaya pemakaian Kinah agar tampil lebih sopan. Malah ada yang mempersendakan pelakon berkenaan yang langsung tidak takut balasan di sana kelak.
Malah ada juga antara mereka memperingatkan Kinah tentang ajal maut tak tunggu masa. Jangan sampai kain kafan pula yang menutupi aurat. Bertalu-talu tomahan yang peminat lemparkan sehingga ada yang menyifatkan Kinah ini sebagai sengaja mencari publisiti.
Konklusinya, tak salah untuk seorang peminat menegur artis kegemaran mereka tetapi biar lah menggunakan Bahasa yang berlapik dan mudah untuk diterima. Artis juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Bahkan mereka terikat dengan jalan kerja sedemikian yang sukar untuk dielakkan.